Tuesday, August 29, 2006

Malaysia Sudah Merdeka

Dikesempatan ini saya sebagai rakyat malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka ke 49 wat negara yang tercinta 'MALAYSIA' ... Semoga akan terus aman dan makmur selamanya (ewah)



Terima Kasih pada semua Rakyat Malaysia yang masih memelihara dan melindungi negara ini dari dijajah lagi

(eemm ye ke..)
renung2kan lah

Friday, August 25, 2006

2nd Entry

"Seseorang itu dikatakan telah berjaya apabila dapat membina asas hidup yang kukuh menggunakan masalah yang datang kepadanya "

Kuala Lumpur Banjir Lagi

Suntingan dari entry semalam yg aku update kira2 jam 4 ptg

".....yg mana ada di sesetengah tempat yg hampir banjir..ari nie pun aku rasa ujan jugaklah..mendung jeak nieh....."


Akhirnya -

KUALA LUMPUR: Hujan lebat lebih dua jam bermula jam 4.30 petang, semalam menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan rendah dan di tepi tebing Sungai Klang, di sekitar ibu kota yang dinaiki air sedalam 0.6 meter hingga dua meter.

BANJIR LAGI: Banjir kilat
di hadapan Balai Polis
Jalan Travers.


Banjir kilat turut menyebabkan kesesakan teruk di beberapa lebuh raya dan laluan utama di pusat bandar raya termasuk Lebuh Raya Persekutuan, Lebuh Raya Sungai Besi, Lebuh Raya Lingkaran Tengah Dua (MRR2), Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Segambut, Jalan Kuching, Jalan Istana, Jalan Cheras, Jalan Puduraya, Jalan Selayang dan Jalan Travers.

Kesesakan itu berlanjutan sehingga jam 11 malam tadi, berikutan penutupan sementara laluan untuk ke persimpangan Bulatan Kampung Pandan dan Cheras ke Sungai Besi dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) ditutup sementara kepada semua kenderaan.

Jurucakap Bilik Gerakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika dihubungi berkata, kesesakan itu turut berpunca daripada satu kejadian tanah runtuh di Jalan Tun Razak, berhampiran Kedutaan Besar, Indonesia, menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas kira-kira lima kilometer.

Di jalan yang sama berhadapan Bangunan RHB Bank, seorang wanita cedera apabila kereta yang dipandunya dihempap pokok tumpang, kira-kira jam 5 petang.

“Mangsa yang berusia 30-an itu luka di muka dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas berjaya dikeluarkan daripada keretanya kira-kira jam 7 malam.

“Pasukan Khas Bantuan dan Penyelamat Bencana Alam Malaysia (Smart) dan Unit Kecemasan serta Skuad Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba Cheras ketika dihubungi berkata, beberapa batang pokok tumbang di sekitar Jalan Cheras, terutama berhadapan Cheras Leisure Mall yang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan itu.

“Pokok yang tumbang menutup beberapa jalan. Kami sudah menghantar anggota untuk membersihkan kawasan itu,” katanya.

----------------
Pesanan Penaja:-

*Sediakan lah payung sebelum ujan...pulang awal sebelum ujan turun....kalau boleh dlm seminggu luangkan lah satu atau dua hari untuk pulang awal...kalau dapat pulang awal hari2 macam aku lagi bagus...

*Berhati-hatilah semasa pulang..tak kira lah pulang kemana pun ..pulang ke rumah ke..pulang ke kampung ke...pulang ke stulang ke..jgn minum semasa memandu...masa memandu nak minum x apa..*geleng2*

*Selamat berujung minggu wat sahabat..rakan taulan...jiran tetangga dan juga jiran tetingkap...semoga korang2 semua bergumbira dan menikmati ujung minggu dengan senyuman semanis roti sekaya..

GELANG SIPATU GELANG

gelang sipatu gelang
gelang si rama rama
mari pulang
marilah pulang
marilah pulang
bersama-sama
mari pulang
marilah pulang
bersama-sama

Thursday, August 24, 2006

Kenapa Dengan Hari Esok (Jumaat)..??

Aduh lamanya nak tunggu hari besok..ye ari jumaat..cuma tinggal beberapa jam aja tapi rasa mcm nak tunggu ari jumaat minggu depan mahupun bulan depan ..takde apa yg istimewa besok (mengikut dlm kalendar abad ini) cuma ia sangat istimewa bagi poket aku yg hampir kekeringan x ubah mcm kolam yg hampir cetek dek musim kemarau yg melanda...(dasat ayat) sebabnya esok gaji masuk..hehehehehh

Bercakap mengenai musim nie aku rasa sekarang nie dah masuk musim ujan baliklah..dah dua hari berturut2 KL dilanda ujan yg tersangat lebatnya..yg mana ada di sesetengah tempat yg hampir banjir..ari nie pun aku rasa ujan jugaklah..mendung jeak nieh.. aku penah terbaca kat 'paper' mengenai cuaca kat bumi nie - "Cuaca dibumi semakin pelik"...kalau lah korang jenis yg prihatin dan amik tau korang mesti perasan gak..eemm..ntah lah

Org menulis kat blog nie pun ada musim nye jugak..mula2 'terbinanya' blog bukan semakin semangat menulis entry kat dlm blog..boleh dikatakan setiap ari pasti ada satu entry baru..pastu lama skit dah semakin kurang..nak ada satu entry dlm seminggu pun payah..lama kelamaan langsung takde entry baru..kenapa jadi begitu..? tepuk dada tanya selera..kalau rasa nak mkn ayam KFC pegilah ke restoran KFC jgn dicari kat restoran Mcdonald..tak pasal2 kang makan penampar..ahaks - silap2 aku jugak akan sebegini..rasanya masa nya semakin tiba..semakin dekat..

* pst - musim orang mengandung utk tahun nie dah abis..rata2 nye dah meletup dan hampir meletup...ekekekkekekeke

aku tinggalkan entry nie dengan sepatah pantun...

dua tiga kucing berlari
kucing satu hanya berjalan
petang ini tersangat lah hepi
sebab ada majlis makan-makan
kesian a.k.a sekian

Wednesday, August 23, 2006

S.M.T.K @ S.M.A.R.T


Ah!... tetiba jeak teringat kat zaman sekolah lagik....Sekolah Menengah Taman Keramat (SMTK) atau sekarang nie dikenali sebagai (SMART)....Nak tau apa sebab singkatan SMTK nie ditukar kepada SMART...sebab berdekatan ngan sekolah nie ada tanah perkuburan taman keramat....jadi SMTK nie dipanggil Sekolah Menengah Tepi Kubur.....nak pulak sebilangan pelajarnya perangai dah mcm 'hantu'....nak tak nak terpaksa lah singkatan SMTK nie ditukar kepada SMART ..hehheheheh...(Eh ye ke..? ntah ler....)

dari tingkatan 1 hingga lah tingkatan 5 aku menimba ilmu disini....banyak citer suka duka pahit manis disini....

--------

Sejarah Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat (SMART) mula beroperasi pada bulan Januari 1979 dan menumpang di Sek. Men. Perempuan Jalan Ampang dan Sekolah Menengah Sri Ampang. Ketika itu sekolah ini di panggil dengan nama singkatannya SMTK; mempunyai 7 buah kelas Tingkatan 1 dan 2 buah kelas Tingkatan 2 yang dijalankan pada sesi petang sahaja. Dengan bilangan pelajar seramai 429 orang dan 13 orang guru, SMTK terus berkembang di bawah pengetuanya yang pertama En. Sahardat B. Baharuddin. Pada tahun 1980-1981 sekolah ini terus menumpang disekolah-sekolah tersebut dan kemudiannya di Sekolah Rendah Taman Keramat.Pada Tahun 1982, bangunan sekolah ini siap dibina, dilengkapi dengan 2 blok bangunan 3 tingkat, 1 bengkel dan sebuah bangunan kantin. Dengan bilangan pelajar seramai 892 dan guru seramai 33 orang, sebanyak 22 kelas telah dibuka dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4. Pada bulan Mei 1982, sekolah ini telah menerima khidmat pengetua yang baru iaitu En. Zainal Abidin B. Mokhtar.
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat berkembang pesat dari segi pembangunan fizikal, kecerian, bilangan pelajar, guru, akademik dan kokurikulum. Pada tahun 1983, bilangan pelajarnya sudah mencecah 1,100 orang dengan bilangan guru seramai 46 orang. Sekolah ini seterusnya mendapat khidmat daripada dua orang lagi pengetua iaitu Tn. Hj. Hashim B. Zakaria (April 1988-Jun 1989) dan En. Mohammad Any B. Sujak (Julai 1989-Oktober 1990).Pada tahun 1993 sekolah ini sudah mempunyai 5 blok bangunan untuk menampung pertambahan pelajar termasuklah blok baru untuk pusat sumber sekolah. Sekolah diindahkan dengan taman-taman yang diusahakan oleh pelajar, guru-guru dan pekerja sekolah ini.Sekolah ini menempa sejarah apabila menerima seorang pengetua perempuan iaitu Pn. Hjh. Saripah Bt. Paidi bagi menggantikan En. Mohammad Amy B. Sujak pada bulan November 1990. Puan Hjh. Saripah Bte. Paidi telah menukar nama singkatan S.M.T.K kepada SMART selaras dengan budaya "Work Hard and Work Smart". Sekolah telah dinaikkan taraf Gred A pada 1 Jun 1994. Pada 1 Februari 1995, SMART menerima seorang pengetua baru iaitu Puan Sharifah Rohani bt. Syed Ibrahim. Di samping menyambung budaya "Work Hard and Work Smart", prinsip beliau pula ialah "Sekolah Adalah Satu Keluarga". Beliau telah berkhidmat selama 8 tahun dan telah bersara wajib pada 5 Mac 2003.

Monday, August 21, 2006

Mana Badak nya

Pelayan : Ye kak...nak apa kak..?
Akak : eemm..nie cucur apa nie
Pelayan : cucur ikan bilis kak..
Akak : okey bungkus akak RM2 ye

Selang1 minit

Pelayan : okey siap kak
Akak : eh dik...kata cucur ikan bilis... x nampak pun ikan bilisnya...bawang jeak banyak nieh
Pelayan : ntah lah kak..bukan saya yg buat *senyum*

tetiba terdengar suara seorang lelaki menyampuk dengan nada yg bergurau sambil ketawa2 kecil

Abang : eleh..tue pun nak bising ke...saya ari2 beli kuih cucur badak tapi tak penah dapat badak pun...

mereka bertiga saling berpandangan dan ketawa hingga x nampak gigi

----
Aku mendapatkan dialog ini ketika aku sedang menikmati secawan nescafe panas sambil merenung ke arah 3 ketul cekodok pisang yg agak kehitaman warnanya...sedang memilih2 yg mana satu diantara 3 itu yg aku nak makan dulu...aperdaaaaa....

Friday, August 18, 2006

Orang Baru

Alhamdulillah....

Selepas 3 hari menanti akhirnya tepat jam 450 ptg semalam adik ipar aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan yg tersangat comelnya yang beratnya dianggarkan 2.5kg...2 jam gak menunggu kat luar 'labour room' sebelum ibu dan baby dipindahkan ke dalam wad...elok aja keluar tue waktu melawat dah abis so aku dan family yg lain hanya sempat tgk sekejap aja...Baby nie kira cucu yang kedua utk orang tua aku (yg pertama udah tentu damia kan) dan cucu pertama utk keluarga belah perempuan
* Diri aku - sudah bergelar bapa kini dapat satu gelaran lagi "pak long"
* Wife aku - sudah bergelar ibu kini dapat satu lagi gelaran "mak long"
* Damia - sudah tentu akan dipanggil kakak ataupun "kak long"
:-)
- gambar hanya akan di upload bila aku dah amik gamba baby nanti....yeahh

Thursday, August 17, 2006

Bercakap Mengenai Cita-Cita

18 tahun lalu..ketika tue aku masih berumur 9 tahun dan juga berada di dalam darjah 3 yg mana aku lupa nama kelas itu sendiri di sebuah sekolah rendah...Seorang cekgu telah menyoal muridnya mengenai "cita-cita anda" ...soalan yg lazimnya akan ditanya oleh seorang cekgu kepada murid2nya yg mana juga ia telah menjadi tradisi turun temurun...

cekgu : kamu...apa cita2 kamu
aku : nak jadi bomba cekgu
cekgu : em ahli bomba ye..kenapa..?
aku : sebab bleh pegang paip air...
cekgu : laaaa...kalau nak pegang paip air tak payah jadi bomba pun boleh pegang...tue kat luar kelas ada paip air...boleh pegang sekarang...
aku : tersengih sambil memandang keluar kelas

memang agak kelakar jawapan aku..alah budak2 lah katakan...dan seterusnya cekgu menerangkan lagi apa tugas2 seorang ahli bomba..."tugas seorang ahli bomba yg utama ialah memadamkan api jika berlaku kebakaran"

dulu bomba hanya dikenali sebagai BOMBA dan sekarang ia dikenali sebagai BOMBA DAN PENYELAMAT...jadi tugas bomba sekarang tidak tertumpu pada memadamkan api sahaja...sebarang kerja2 atau tugas menyelamat juga dilakukan (betulkan kalau aku silap)

chop..
aku bukan nak cite pasal bomba...aku cuma nak bercerita mengenai cita-cita...seperti yg aku kasi tau cita2 aku semasa aku berada disekolah rendah ialah menjadi seorang ahli bomba...kenapa aku bercita-cita begitu..aku pun x tau, bila mula masuk ke tingakatan 1..cita2 aku telah berubah..seingat aku lah aku pada masa tue cita2 aku ialah nak menjadi seorang juruterbang...ye juruterbang jet pejuang...(sambil bayangkan diri dok kat dlm jet tue sambil terbang di udara dan bersedia utk menembak musuh) layannnn...sekali lagi cita2 aku berubah semasa aku di tingkatan 4 sejak minda aku semakin minat dengan nombor2 dan pengiraan kebetulan pulak aku amik subjek perakaunan dan ekonomi...aku dah bertekad nak bekerja di bank jadi seorang pegawai bank...(ye seorang pegawai bank yg sibuk dikaunter melayan pelanggan dan menguruskan duit yg masuk dan juga keluar) tapi selepas habis SPM dan dapat keputusan SPM aku dah mula binggung dengan cita2 aku sendiri..aku nak jadi apa sebenarnya..?? aku nie bukanlah dikategorikan tidak cerdik cuma kurang cerdik aja dan aku rasa aku tak pernah berusaha utk lebih cerdik agar berjaya mencapai cita2..akhirnya aku berjaya jugak bekerja di bank...walaupun tugas yg aku buat sekarang nie tak sama dengan tugas yg aku cita2kan tapi aku tetap bersyukur dapat juga bekerja dibank...*senyum*

moral
1)kalau nak berjaya dlm cita2 kena lah belajar rajin2...kena berusaha jgn cepat putus asa :)

2)Bersyukur dengan apa jua pekerjaan yg kita lakukan sekarang..sekurang2nya kita ada kerja untuk cari duit :-)
*berusaha untuk menjadi suami dan seorang ayah yg cemerlan gemilan dan terbilan

Jom layan lagu nie...hahhahahahahahahaha


Joget Angan Tak Sudah
Artist:Jay Jay

Duduk termenung sambil berangan
Atas serambi di waktu pagi
Bukan pungguk merindukan bulan
Cuma hatiku tak karuan
Petir berdentum kilat menyambung
Belumkan pasti hujan nak turun
Terkenang gadis lintas di depan
Mataku tak henti memandang
Siapa gerangan
Menjahit baju yang merah
Sepasang di tangan
Jarum yang sudah pun patah
Siapa gerangan
Memilik bibir yang merah
Berlenggang ke kanan
Membuat hatiku gundah
Tak sanggup ku memuja
Bulan dan bintang
Andainya kau menjadi milikku
Ku takut tak tertanggung dek badan
Akhirnya kan kecundang
Marilah berjoget
Berjoget angan tak sudah
Berangan tak salah
Asalkan tahu bertempat

Wednesday, August 16, 2006

Semalam Punya Cerita

Semalam...
bende yg tak pernah aku pikir akan berlaku akhirnya berlaku jua....pertama kali aku eksiden sejak aku pandai memandu kete...yg bestnye ia berlaku didlm kawasan letak kete kat opis nie...ahhhh...nak citer pjg lebar pun nak wat apa..bende dah berlaku kan..bagi akulah kira dua2 pihak salah...hehhehehehehe...sib baik takde perkara yg lebih buruk berlaku...
okey aku tarak mau citer yg sangat menyedihkan nie...tak nak perkara nie terus menghantui pemikiran aku dan menjejaskan kandungan gula dlm badan aku.... huhuhuhuhuhuhu
-------------
Semalam juga...
aku diberitahu yg adik ipar aku masuk wad...sebabnya tanda2 utk bersalin dah ader...lebih kurang jam nam pagi dihantar ke sepital kerana air 'ketuban' telah keluar...apa yg aku tau kalau air tue dah keluar bermakna masa utk bersalin dah sangat dekat...jam 1 aku call adik aku bertanya keadaan isterinya..."bang..masih blum bersalin"...erk lamanya...dah dekat 7 jam... x apalah aku terus menunggu hingga ke ptg...ptg tue aku bawak mak aku sama damia pegi jemput wife kat opis terus ke sepital..nak tau keadaan adik ipar aku nie...mana lagi kalu bukan sepital bersalin kuala lumpur...ah ramai nye org nak bersalin...dah tue kalau nak wat pemeriksaan utk tgk berapa 'cm' dah bukak kena jln sendiri utk berjumpa DR...siannya..dah sakit...(info: hanya org mengalami dan alami bersama dan org2 yg amik tau saja yg akan paham apa itu "berapa cm terbukak")hahahhahahahahah...aku tinggalkan sepital bersalin dengan singgah di kedai minuman dgn membeli sebiji pau kaya dan setin nescafe kegemaran aku...apa perkembangan terkini mengenai adik ipar aku tue aku pun x tau lagi..blum ada panggilan apa2 lagik...harap2 x lama lah dia menunggu...

Monday, August 14, 2006

Orang Yg Paling Betuah

Entry selepas pulang dari sambutan hari keluarga BNM di sunway lagoon



takde citer yg menarik cuma aku dengan 'mood' yg tersangat lah gembira...bangga ... riak (erk yg ini belum lagik) aku ingin berkongsi dengan korang2 semua bahawa aku adalah pemenang hadiah utama dalam cabutan bertuah...*senyum*..

pada mulanya memang tak ada harapan dan memang x pernah berharap utk jadi pemenang pun, akhirnya nama aku diumumkan sebagai pemenang hadiah utama...pertama kali dalam hidup dapat hadiah sebegini...syukur alhamdulillah *senyum* (sekali lagi)...hadiah yg sepatutnya menjadi milik kepada org lain tapi disebabkan pemenang pertama dah tak ada kat situ...x tau lah dia dah balik atau pegi ke tempat lain...jadi cabutan kedua perlu dibuat memandangkan untuk grand prize nie tuan empunya badan yg nama nya disebut mesti ada dan terima hadiah di atas pentas...bila cabutan kedua dibuat nama aku diumumkan sebagai pemenangnya...apo lai..punyalah seronok tak terkata...mana idaknya...baucer bernilai RM600 utk membeli belah di parkson grand...shopping sakan lah pasnie...hehehehehe...itu lah orang kata...tuah ayam nampak dikaki...tuah manusia sapa yg tahu kan


Friday, August 11, 2006

Taman Tema Air

Yeah Yeah....Hujung minggu nie bakal di isi dengan aktiviti riadah bersama keluarga dan juga bersama rakan2 sepejabat...hehehehehe...orang kata "Family Day"...Lokasinya di Taman Tema Air yg popular kat KL nie mana lagi kalau bukan di Sunway Lagoon...hari ahad 13 Ogos 2006...Terima kasih pada AG2 yang sudi menganjurkan acara yang selalu dinantikan oleh semua kakitangan di Jabatan...
Selamat bergembira la pada rakan2 semua yg akan berseronok disana...cuma kena ingat (aku jugak kena ingat sama) bila pergi berseronok nie....jgn lupa lock kete elok2....jgn hilang brg...jgn hilang anak...jgn hilang suami atau bini ( berhibur tanpa had batasan) heheheheheh
jom layannnnn
Memandangkan minggu nie adalah minggu utk berseronok di taman tema air so aku hidangkan korang dengan lirik lagu yg nampak santai tapi menghiburkan...ahakss

Taman Ria

Taman ria di tengah kota
Tempat aku menghibur lara
Suasana kota ceria,cahaya di bianglala
Bila malam tiba di kota
Taman ria penuh cahaya
Kubiarkan daya khayalku,berkelana di dunia
Dan buatku bahagia,karena...
Ragam rupa warna cahaya
Istana pengkhayal asmara..bercinta..a..a
Suasana kota ceria,cahya di bianglala
Membuatku terjaga..a..
Taman ria di kota,tempatku berkelana
Na..na..na..na..nanana....
:-)

Thursday, August 10, 2006

Kurang Paham Dengan Org2 Yang Sebegini

Situasi 1

Kat sebuah medan selera yang terbahagi kepada dua bahagian…satu bahagian disediakan kepada pelanggan yang menjamu selera dan ingin menghisap rokok yg dikenali sebagai kawasan merokok dan satu lagi bahagian disediakan kepada pelanggan yg ingin menjamu selera tanpa gangguan asap2 rokok yg dipanggil kawasan larangan merokok…dtg 2 org pemuda yg segak penampilannya memesan makanan dan duduk ditempat “kawasan larangan merokok”… makan2 sambil bersembang lalu salah seorang daripadanya mengeluarkan sebatang rokok dan menyalakan api ke rokoknya…menghisap dan menghembuskan asap rokok dengan lagaknya…pada hal diatas kepalanya dengan tulisan yang amat jelas dan terang tertulis pada sebuah papan “AWAS…KAWASAN LARANGAN MEROKOK”..jadi kesimpulannya adakah papan tanda amaran dan tulisannya itu yg tidak cukup besar atau perkataan itu sendiri tidak membawa apa2 makna ataupun pemuda itu sendiri yang tidak paham bahasa..mustahil tak nampak kan besar papan tanda amaran tue ...huh!

----

Perkara tue nampak saja remeh (bagi mereka) tapi tidak pada sesetengah org..kesian kepada org yg ingin makan dengan nafsu yg berselera tapi terbantut seleranya kerana asyik menepis asap rokok yg ‘berterbangan’ ke arah mukanya…hanya mampu menjamu makanannya dgn muka yg masam dan rasa tidak puas hati…hhmmm……. Aku sebenarnya tak ada masalah yg besar atau berat dengan orang2 yg merokok ini..bagi aku kita perlu hormat pada org jika kita ingin juga dihormati...aku juga bukan anti sangat pada perokok walaupun aku sendiri tidak merokok(jgn ada yg kecik ati) .. aku masih lagi boleh bergaul dan bersembang bersama rakan2 yg merokok

Sebilangan org2 didalam masyarakat kita ni (diulangi : hanya sebilangan sahaja) hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hal orang lain… sangat bijak tapi nampak bodoh dlm sesuatu keadaan tertentu… dikatakan berbudi bahasa tapi sememangnya tak ada pun budi bahasa tu (aaa nanti dtg pejabat saya..kita sain kontrak..berkesan lakonan awak tue)…yang suka melanggar peraturan / undang2 tidak kiralah sama ada peraturan/undang2 itu kecil ataupun besar…kalau yg besar dilanggar ini kan pula yang kecil…(dia lebih kurang ginilah..pondok tol sama katak…pondok tol tue kan besar, katak pulak kecik kan…kalau dah pondok tol yg mcm tue punya besar ada gak org yg langgar nie apatahkan lagi katak yg kecik kat atas jalan tue..tue yg mati katak tue) hehehehehh…ini hanya lah salah satu situasi yg berlaku..sedangkan banyak lagi situasi yg berlaku sama ada kita perasan atau tidak boleh diceritakan mengenai perihal masyarakat kita nie….korang paham2 sendiri udah ler…bagi aku kadang2 kita perlu mengguna pakai slogan "berbudi bahasa budaya kita" ditempat atau masa atau situasi atau keadaan yang bersesuaian...hahhahahahahahahahah


:- Katakan Tidak

Kata kerajaan : amaran..merokok membahayakan kesihatan

Kata mereka : aku punya badan...kalau sakit aku yg tanggung

Kata aku : tak kata apa2...cuma senyum aja


apo apo lah ….



Wednesday, August 09, 2006

Manis Seh

Gambar pilihan untuk entry kali ini - Buah hati kesayangan 'baba'.....manis bukan...macam sapa lagi kalau tak macam 'baba' nya...hehehehe















" Kau senyum
Ku membalas senyuman
Senyumanmu menawan

Kau pandang
Ku membalas pandangan
Pandanganmu mengusik"

:0

Tuesday, August 08, 2006

Berhujung Minggu Di Kampung

Yuhuuu...

aku masih bernafas...masih lagi dapat menghirup udara sangat 'bersih' kat kuala lumpur nie ( Yolah tue... huh)...setelah 3 hari meninggalkan kotaraya yg hingar bingar berehat di kg - menghirup udara sangat segar dan nyaman sambil dapat melupakan tugas seharian di pejabat yg begitu memenatkan minda juga badan...tapi kalau badan penat pasal bersukan takpe erk..?? ntah lerr

sabtu
bertolak dari rawang seawal jam 9..berhenti di hentian rawang utk bersarapan dan juga menemani damia bermain di 'playground'...tak sangka pagi2 lagi dah ramai orang erk..sebelum keluar highway isi minyak dulu kat petronas...aku bawak kete (pandulah) secara relaks atau santai sebabnya aku tak mau kena saman lagik lagi pun wat apa nak laju2 bukan ada apa nak dikejar (kata wife aku).....bukan fobia tapi aku rasa membazir duit je utk bayar saman..kalau beli bende lain kat berbaloi gak...tapi memang betul, hari tue sepanjang highway ada speed trap...kalau dah ada speed trap udah tentu ada road block...satu perjalanan yg tidak membosankan..si damia asyik bercakap dan bertanyakan kepada benda2 yg dia ingin tahu...budak2 lah katakan...tiba di kg dlm kul 1 dengan muka kuyu..letih beb...terus lendingkan badan sambil menanti acara rasmi yg biasa kakak aku akan siapkan....yeahh makannnnnn time...ekekkekekek

ahad
selesai solat subuh sambung tido sampai kul 9 pagi..itu pun bangun sebab dek damia yg kaco..hehehehe..sekali sekala bangun lewat...aku bukan yg jenis bangun lewat pun tapi sekali bangun lewat badan rasa len mcm...tgh ari pulak pegi makan kenduri kawen...masa nie lah satu cincin damia hilang...aduh tensen nyee...ptg gie layan makan KFC ...sambey2 tue aku dapat gak beli sepasang kasut :)...hehehhehe

isnin
hanya bertolak balik ke kl setelah selesai makan tgh ari dlm kul 3 gitu...masuk area tapah hujan selebat-lebatnya sampai x nampak jalan...berhenti di hentian tapah utk melepaskan hajat...x tahan giler sejuk beb...sempat belikan dunkin donat utk wife sama damia(beli 5 free 1) heheheheeh...kul 630 ptg sampai rawang singgah pasar mlm sebelum betul2 sampai ke umah..yeah

* wahai kwn2...sori kalau kualiti entry kali nie mmg tak berkualiti...sebabnya entry yg dibuat di selangi dengan wat kerja opis...ini lah hasilnye...ekekekekekekekekkeke......agak kelam kabut...ada satu dua tugas yg perlu dibereskan...dok menyemak atas meja..kalau ikutkan banyak bende aku nak citer..eemm..kisah org koyak sama kisah santau...yg kisah org koyak nie memang betul sebab seorang kakak ipar aku mengalami kejadian nie...kisah santau nie cuma heboh di akhbar dan juga di internet...'cek ke daut'

:-

Tuesday, August 01, 2006

Lambaian Tangan



bye2 atau dengan lebih mesra 'selamat tinggal' dari aku utk korang2 semua yg selalu atau sekali sekala singgah kesini...kemungkinan takkan ada entry lagi pasnie ...hah..!! (jgn terkejut) mungkin ini hanya sementara..hhmm...memandangkan aku pun perlu menyiapkan kerja2 kat opis nie pastu pulak akan bercuti (balik kampung) heheheheh...tapi aku pun tak tau berapa lama blog nie takkan ber'update'..kalau ada apa2 yg baru tue adalah erk kalau xde apa2 yg baru anggap jeaklah blog nie mcm umah yg tidak lagi berpenghuni...huhuhuhuhuh...bak pepatah "hidup segan mati tak mau"... :P

aku tinggalkan korang lagu nie utk korang layan..apo laii..layan je laaaaaa

Kenangan Terindah
Samsons

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati

Ooh...

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Ooh...

:-