Friday, September 29, 2006

Pahit Akan Manis Juga Akhirnya

Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh dan kesekalian dari kita.

Sedikit cerita (amik dari email yg aku dapat) utk rakan2 semua....mungkin korang dah baca tapi aku 'refresh' balik utk korang ... bukan nak memerli tapi mungkin ada kebaikan dari citer nieh

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Minggu lepas, saya ke kedai rakan saya untuk menggunting rambut. Kebetulan, ketika itu rakan saya agak sibuk kerana sedang melayan seorang rakan lain yang datang untuk menggunting rambut anaknya yang baru berusia 3 bulan. Jadi rambut saya dipotong oleh pembantunya, seorang muda yang baru tamat latihan. "Macamana bang? Tapak satu ke kosong?" tanya pemuda itu. "Kosong!" jawab saya sambil menyambut senyumnya.

Ketika dia sedang 'menebas' rambut di kepala saya, anak rakan saya di sebelah tidak habis² menangis. Iyalah. Budak kecil bukan tahu apa. Tetapi tangisan bayi tersebut menarik perhatian pemuda yang menggunting rambut saya. "Lama tak dengar suara budak kecil menangis." katanya. "Seronok kan?" tanyanya. Saya hanya tersenyum. Kemudian saya bertanya kepadanya "Kau dah kahwin?" "Belum..." jawabnya ringkas.

"Tunggu apa lagi? Kahwin cepat la bagus..." "Belum ada rezeki bang..." jawabnya lagi sambil terus tersenyum. "Rezeki ada je di mana². Mana boleh kata belum ada rezeki" jawab saya pula. Dia tersenyum lagi. Kali ini dia menukar jawapannya kepada 'belum sampai seru'. Okaylah kata saya. Kalau kata belum sampai seru, atau maksudnya belum bertemu jodoh, mungkin saya boleh terima lagi.

Entahlah. Akhir² ini saya asyik menasihatkan orang² muda yang saya temui agar berkahwin cepat. Pantang terdengar mereka berbual tentang perempuan, atau 'bergayut' di telefon lama², pasti saya akan 'menggatal' menyuruh mereka berkahwin segera. Ramai yang memberi alasan mereka masih muda. "Huh!" dengus saya. "Aku dulu ingat umur 27 masa aku kahwin dulu tu muda lagi. Rupanya 27 tu dah terlalu tua sebenarnya.. ."

Tetapi yang paling ramai memberikan alasan mereka belum cukup wang, tidak cukup bersedia atau kerjaya belum kukuh. Sebenarnya, saya cukup akui perihal jodoh ini adalah ketentuan Allah Yang Maha Menentukan semata². Jika Allah menentukan belum ada jodoh untuk kita, buatlah bagaimana sekalipun, kita tetap tidak akan berkahwin. Tetapi untuk menjadikan 'rezeki' atau wang sebagai alasan, saya cukup tidak berkenan.

Saya teringat ketika saya hendak berkahwin dahulu. Sebelum saya mengikat tali pertunangan, saya telah pun mempunyai satu kerjaya yang boleh dikatakan stabil. Walaupun tidak semewah mana, namun saya masih mampu berkereta dan mampu menanggung ibu bapa saya serta mempunyai sedikit 'wang saku' untuk berfoya² (ini zaman muda² dulu la...). Namun segalanya berubah tidak lama selepas saya bertunang.

Syarikat tempat saya bekerja mula mengehadkan dan mengawal jumlah jam kerja lebih masa (OT). Pendapatan saya mula berkurangan. Bukan sedikit tetapi hampir seribu ringgit juga sebulan. Ketika itu, perniagaan yang saya jalankan juga mula dilanda masalah dengan rakan kongsi saya melarikan wang pelaburan saya. Akhirnya saya mula 'berkawan rapat' dengan kad kredit. Mula² memang mudah tetapi lama kelamaan saya jadi kian tersepit.

Akhirnya saya ambil keputusan untuk bertukar tempat kerja. Saya menyertai syarikat saya bekerja sekarang ini sebagai pelatih. Berapa sen sangat gaji yang saya perolehi sebagai pelatih. Selepas dibayar kad kredit, selepas ditolak duit kereta dan duit untuk ibu bapa saya, yang tinggal untuk saya adalah negatif. Dengan majlis yang bakal berlangsung tidak berapa bulan lagi, saya mula kehilangan arah.

Sesekali syaitan berbisik kepada saya untuk membatalkan perkahwinan. Tetapi tidak! Saya perkuatkan azam dalam hati untuk menunaikan janji yang telah saya buat. Di ketika itu juga, Allah telah memancarkan sinar hidayahNya kepada saya dan membawa saya pulang ke jalan yang dia redhoi. Saya mula belajar untuk mensyukuri nikmat dan belajar untuk berkata cukup dengan apa yang saya ada.

Saya mula pasrah dengan apa yang terjadi. Dan ketika majlis penyerahan wang hantaran hampir sampai, saya hanya ada sepuluh ringgit di dalam poket. Tunang saya (kini isteri) ketika itu pula masih menuntut di maktab. Bagaimana pula dia dapat membantu. Dan kerana dia masih di maktab jugalah kami harus kahwin segera. Kerana saya tidak mahu dia dihantar bertugas jauh sebaik selesai pengajiannya.

Akhirnya, apabila tiba hari penyerahan wang hantaran, saya bertekad untuk menggunakan wang ansuran bulanan kereta. Ketika itu, bayaran kereta saya 'tersangkut' untuk dua bulan. Pihak bank sudah sibuk menghubungi dan mengugut untuk mengeluarkan surat tarik. Kad kredit saya juga sudah tidak boleh digunakan lagi. Ada yang sudah sampai tahap maksimum dan juga yang digantung kerana tiada pembayaran dibuat.

Saya jadi begitu buntu. Tidak tahu bagaimana saya boleh dapat sumber lagi untuk meneruskan majlis yang telah dirancang. Nasib saya baik, tidak berapa lama sebelum majlis, saya terdengar berita isteri seorang dari teman saya diberhentikan secara VSS. Dengan muka tidak malu, saya pinjam darinya RM1000. Dan dengan berbekal wang sebanyak itu, dengan kereta tergantung 3 bulan, dengan kad kredit yang dibekukan, majlis saya dilangsungkan. ..

Tetapi itu cerita dulu. Kini semuanya sudah selesai. Alhamdulillah saya dikurnai seorang isteri yang penyayang dan sebuah keluarga yang bahagia. Anak akan bertambah menjadi dua pada penghujung tahun ini, insyaAllah. Kini, hutang kepada teman saya sudah dilangsaikan. Kad kredit yang dahulu sudah saya potong selepas bakinya saya selesaikan. Dan, kereta saya juga masih wujud hingga hari ini dan digunakan oleh ayah saya untuk ke kebun.

Inilah yang dinamakan rezeki. Sebenarnya, selepas berkahwin pun hidup saya tidaklah berubah serta merta. Tetapi sedikit demi sedikit keadaan menjadi lebih baik. Setahun selepas perkahwinan kami, latihan saya pun tamat dan saya telah menerima kenaikan gaji yang agak selesa. Isteri saya juga tamat pengajiannya di maktab dan ditugaskan mengajar di sekolah yang berhampiran rumah kami. Keadaan telah menjadi benar² pulih.

Kelahiran anak sulung kami, Nurul Naqibah Izzati juga bagaikan 'membawa rezeki' kepada kami. Rezeki yang kami terima bagaikan melimpah ruah. Pada ketika itu, saya rasakan kepala saya cukup lapang. Dan hidup saya juga amat tenteram. Tetapi langit tidak sentiasa cerah. Ada juga kalanya kami tersepit. Dan kini isteri saya hamil lagi. Untuk seketika, kami dilanda sedikit kesempitan tetapi tetap, tidak seteruk yang pernah kami alami dahulu.

Tetapi seperti kata orang tua², setiap anak ada rezeki mereka sendiri. Hari ini, saya dapat lihat beberapa 'pintu rezeki' yang baru mula terbuka untuk kami jengah. Saya yakin malah begitu yakin sesungguhnya rezeki itu ada di mana². Saya yakin Allah tidak akan pernah menduga hambaNya dengan dugaan yang tidak mereka sanggup tempuhi. Dan saya cukup yakin, segala pahit akan manis juga akhirnya.

Kerana itu, saya tidak merasa gusar lagi. Belanja kelahiran anak kedua kami, belanja untuk Naqibah yang kian membesar, kos untuk perpindahan rumah kami dan segala apa beban yang sedang dan akan kami tanggung, saya pasti Allah telahpun menyediakan jalan penyelesaiannya. Yang penting untuk diri saya, mesti terus berusaha dan mesti terus berdoa. Dan paling penting, mesti sentiasa yakin kepada sifat a-Rahman dan ar-RahimNya.

Saya pasti, ada orang yang pernah mengalami pengalaman yang lebih memeritkan dari apa yang kami alami. Tetapi percayalah, saat paling indah untuk sesuatu penyiksaan itu ialah tatkala mengenangnya apabila semua siksaan tersebut sudahpun selesai. Terasa manisnya hidup ketika itu. Sebab itu, kadangkala saya akan mengungkit kisah ini dengan ibu bapa atau pun isteri saya. Kami pasti akan tersenyum mengenangkannya.

Dan kerana itulah, saya seakan tidak dapat menerima apabila orang mengaitkan rezeki dan wang sebagai alasan mengapa mereka masih belum berkahwin. Rezeki itu milik Allah sebenarnya. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah berusaha sekuat mungkin dan berdoa sebanyak yang boleh. Selebihnya, serahkan kepada Allah untuk melaksanakan rencanaNya. Sesungguhnya Allah itu Sebaik² Perencana.

Jika rasa hendak berkahwin, berkahwinlah. Janganlah risaukan soal rezeki. Sesungguhnya perkahwinan adalah sesuatu yang mulia. Perkahwinan juga merupakan ibadah. Dan Allah telah menjanjikan bantuan untuk mereka yang berbuat sesuatu keranaNya. Dan sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji. Asalkan yang paling penting, dapatkan doa restu dan keizinan dari orang tua. Dan perbetulkan niat perkahwinan ini didirikan kerana Allah, bukan nafsu semata². Yang selebihnya, serah sahaja kepadaNya. Percayalah, pahit akan manis juga akhirnya. Jika tidak di sini, mungkin nanti di sana.....

Sekian buat kali. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik adalah akibat kejahilan saya sendiri.

Wabillahitaufiq walhidayah.

Wassalamualaikum warahmatullah…

Pst : Sesapa yg lum kawen tue tapi dah ada calon..lekas2 ler gie kawen...yg blum ada calon lai..apo lagii...cari lerrr...hehhehehe

Wednesday, September 27, 2006

Virus ! Sekali Terkena Daaa

Sekali kena virus pulak...nie budak nama shai yg sebarkannya....polis..poliss...tangkap diaa....(heheheheheh)

Oklah aku Jawab erk

1) 1 Ramadhan 1427 Hijrah anda berbuka puasa dengan siapa dan dimana?

Berbuka Bersama Keluarga di Gombak

2) Apa persiapan anda menjelang hari raya?

Bayar zakat fitrah...beli baju raya (sekali utk org umah sama damia)...cat umah...mcm2 lagilah

3) Sepanjang sebulan berpuasa, agak2 kemana lokasi berbuka yang akan menjadi pilihan anda?

Selesa di Umah jeak

4) Pendapat anda,berbuka puasa di Hotel?

Kurang minat

5) Adakah anda suke menghantar kad raya (by pos) kepada rakan2, sahabat handai dan kekawan anda?

Bergantung pada keadaan..kalau ada yg sudi anta akan di balas :-)

6) Oleh itu kirimkan lah Kad raya anda kepada miannz dialamat berikut :-

Muhammad Azman
Jabatan Pengawalan Bank
Bank Negara Malaysia
Peti Surat 10922
50929 Kuala Lumpur

7) Orang - orang yang namanya ada dibawah kena jawapan entry nie. + with alamat ye :

Sham
Zamdee
Zez
Ila
Sapa2 jeak yg baca entry niehlah

Monday, September 25, 2006

Hari Pertama di Bulan Ramadhan

Assalammualaikum

Selamat Berpuasa...dah ari yg kedua kan...

Mlm sabtu yg lepas aku berpeluang menunaikan solat sunat tarawikh di Markas Pas tmn melewar... kira solat sunat tarawikh utk mlm yg pertama sebelum berpuasa pada hari ahad lah...pertama kali aku kesitu...alhamdulillah ramai jemaah yg hadir sampai sesak surau tue...mlm pertama tue sembanyang 8 rakaat dimana selepas 4 rakaat yg pertama ada tazkirah...selepas tazkirah baru sambung 4 rakaat yg terakhir...kata ustaz tue "dia bersyukur ramai yg datang ke surau mlm nie...sampai sesak hingga keluar....dia harap perkara sebegini berterusan hingga ke akhir ramadhan...jgn hanya ramai di 10 mlm yg pertama..."

tapi begitulah keadaan ...surau/masjid hanya sesak 10-15 mlm yg pertama tapi semakin kurang di 10-15 mlm yg terakhir sehinggakan nak dapat dua baris makmum pun susah...ia berlaku di kebanyakkan surau/masjid samaada di gombak atau kawasan disekitarnya....caya tak..?

-----

Hari pertama berpuasa berjalan dengan biasa...banyak juga keje yg aku dapat laksanakan...berpuasa bukan satu alasan untuk kita tidak membuat keje...hehehe....selepas solat subuh aku hantar mak aku ke pasar barang borong selayang...pastu balik ke rawang untuk menghantar pokok bunga dan sedikit brg...memandangkan cuaca yg baik...tidak panas hanya mendung sepanjang pagi aku ambil keputusan utk cat pagar...dari jam 11 hingga jam 4 aku mengecat tapi tak berjaya abiskan sebab ujan yg turun secara x menentu...sementara ujan turun aku sempat cuci langsir dek gara2 damia..dan wife aku mengemas bahagian dlm umah...430 ptg bertolak ke gombak utk berbuka bersama ahli keluarga...sejam sebelum waktu berbuka aku 'terlena' dek keletihan...hehehhehe....selesai berbuka aku sembahyang maghrib dan bersedia utk ke surau....

itu kisah hari pertama berpuasa kebetulan pula hari cuti....pada hari bekerja pulak aku x pasti sama ada berbuka dulu di umah aku sebelum pulang atau pun berbuka didlm kete..yg pasti jln tetap akan sesak juga...dan yg sedihnya aku tak berpeluang nak solat tarawikh...hhhmmmm

* baru balik dari mydin...beli lampu lip lap lip lap....pas balik keje nie nak pasang kat umah...ekekekekek...si damia dah sibuk bertanya...

Friday, September 22, 2006

Hiburan Di Satu Petang

Pada kebiasannya bila aku memandu kereta aku akan memilih siaran ERA FM...Siaran nie telah menjadi pilihan aku sejak 5 tahun yg lalu...nak dijadikan satu ceritalah kan, petang semalam sedang aku dlm ketensenan menempuh 'jem' adalah satu petikan yg disiarkan kembali kat era nie....tersangat lah kelakar nya (bagi aku) sehingga kan aku yg sedang tensen dan marah bila je terdengar terus jadi ketawa dan hilang tensen ... tak kisah lah walau pun tensen tue hilang sekejap...adakah aku perlukan hiburan yg seperti nie utk mengurangkan stress ....hhmmm...lebih kurang gini lah dialog nye (mana aku ingat sangat dialog yg betul2 semalam)...dialog nie antara seorang pemanggil (pasni aku gelar si B dan penyampai radio ..kalau x silap aku si penyampai tue Saiful 'Apek' ...si pemanggil sedang ingin mendapatkan tips utk 'meng' kuruskan badannya..

si B : hello apek...sy ada masalah nie...
apek : ye apa masalahnye...
si B ; sy mempunyai saiz badan yg agak besar..jadi sy ingin tips utk kuruskan badan lah
apek : oh itu masalahnya..senang je tue...cuba awak pegi menunggang kuda
si B : menunggang kuda..? ye ke...boleh ke cara tue
apek : eh boleh..sapa kata tak boleh...cuba awak amalkan ...sy jamin lepas 10 hari awak buat kuruslah nanti
(si pemanggil tetiba mencelah)
si B : wah...bia betul..bestnye
apek : nanti sy blum abis ckp....bukan awak yg kurus ..sy pasti kuda tue yg kurus

elok jeak abis apek ckp gitu terus lagu dimainkan

hehehehhehehee

Moral : Carilah sesuatu bende yg mampu wat anda ketawa bila anda sedang dalam keadaan marah/tensen/bengang/sedih/tertekan


Tuesday, September 19, 2006

Apa Bende Yang Kaler Putih Tue

mlm tadi aku sambung abiskan mengecat tembok batu yg tertunda dek gara2 kehabisan cat tempoh hari...tima kasih pada mak aku kerana sudi 'menaja' cat putih nie...walaupun ia bukanlah cat yg baru dari kedai tapi saki baki cat semasa cat stor tempoh ari aku tetap bersyukur kerana ia sedikit sebanyak telah mengurangkan kos perbelanjaan utk membeli cat...ekekkeek....aku pun tak tau ntah mana dtg nye semangat yg berkobar2 dilengkapkan lagi dengan slogan 'malaysia boleh' aku ketepikan perasaan letih selepas menempuh jln sesak yg semakin sesak...betul beb dari minggu lepas lagik jln blk dari selayang ke rawang semakin menjadi2 sesaknye...tensen gegila nieh...mcm mau ilang akal dah...ari2 sejam setengah aku abiskan masa kat atas jln..itu baru dari selayang ke rawang....blum kira jln sesak dari tpt keje ke gombak...adehh....eemmm....sampai jek kat umah aku terus tukar pakaian dan terus aja dengan aktivit mengecat...dekat 2 jam jugaklah..ikut letih mmg letih tapi layankan jeeee....

Yehaaaa..mengecat tembok batu tue dah setel....kaler putih...huhuhuhu....nampak jeak skit yg nak dicatnye tapi bila dah cat ianya sangat melenguhkan tgn nie...cuti ujung minggu nie aku nak sambung cat pagar pulak...eemmm kaler cekelat okey kot...tapi hitam pilihan pertama aku...pastu nak cat grill plak.....wah semangat giler nieh...plan pas setel keje mengecat nie nak gantung plak lampu lip lap lip lap....korang tau ke apa kebende nye lampu lip lap lipa nie...ekekkekekeke....alah lampu kecik2 yg warne warni nie orang gantung bila dah nak musim perayaan aaaa....heheheheh....semangat nak raya ke..??? apa2 pun selamat menjalani ibadah puasa dengan sabar dan tekun..

-----------------
apa2 lah....
-----------------

Monday, September 18, 2006

Pak Long

Seperti yg aku bagitau ari tue...aku dah jadi Pak Long..hehehheh..nie lah wajah 2 orang anak buah aku......



"Syafika" - 3 Bulan


"Nadirah" - 40 Hari

Thursday, September 14, 2006

Tersangatlah Somey Senyumannya

Haluuuuuu

Selamat petang...
Senyum lah korang2 semua..
Senyum lah sebab ari nie ari khamis....muhehehehehhe
Senyum lah walaupun korang x mau senyum...



Pst : Somey bukan 'dia' senyum

-------------------------------

Dah 2-3 ari nie badan aku terasa sakit...rasa mcm penat sesangat lah terutama kat area pinggang nie...nak kata penat sebab wat keje tue taklah...keje kurang wat masa nie...kalau dah kurang takde la sampai takde keje langsung....maybe penat duk drive kete kot...nak pulak dr gombak nak blk rawang jln bukan main jem...wat masa nie pun aku dah kurangkan skit aktiviti kat gim...pegi tetap pegi tapi buat mana yg mampu jeak...kang asik 'push' jeak lain yg jadi payah gak...bersenam tapi kalau sampai merosakkan badan susah jugak...dek terlalu penat sangat champion league pun aku tak layan....huhuhuhuhu....kena banyak rehatkkan badan pasnie...maybe kena stop dulu ke gim nie...

eemm..cakap pasal rosak nie....satu raket peberet aku dah patah......sedih wooo....tue lah satu2 nye raket yg aku suka guna..ada satu lagi tapi yg nie aku tak suka sangat....kurang 'selesa' bila main guna raket yg nie...nak tak nak kena beli satu lagi nie...huh..!! pakai duit gak tue...

Nie citer pasal kuar duit jugak...aku ada terbaca satu cerita di akhbar nie..."Kenderaan Cermin Gelap Akan Dikenakan Tindakan Tahun Depan"....dasat gak denda nya beb..kalau tak silap RM500 atau penjara...tak kiralah cermin belah mana yg gelap..pasti kena...cermin muka lam blk air jeak yg x salah disisi undang2...ekekekek....mana2 pemilik kenderaan yg bercermin gelap nie tgh gelabah lah kot..termasuklah aku...hehheehhehe...baru2 tgh terbaca nie gelabah lah kot...pastu selang sebulan buat dek je balik...kan kebanyakkan org2 kita nie jenis yg 'dengar kata'....hehehheheheh...apa2 pun aku tunggu tahun depan...wachaaaaaa

oklah...selamat ber ujung minggu..semoga ceria ceria selalu...

errr...ari nie ari khamis kan..khamis mlm jumaat kan...hehehehehe....mau blk awal insyallah pas manghrib nak baca Yassin...pastu layan explore race final...chow

heheheheh......korang pk apa aaaaaa

Monday, September 11, 2006

N Series 6131

Tatkala aku sedang mencari idea utk entry kali nie, aku sedang mengurut2 kepala aku yg dari pagi tadi dah pening pening lalat...bukan sebab pening makan lalat tapi eemm 'biarkan aku saja yang tahu' kenapa kepala aku pening...hehehehehe...'lihatlah' kat atas meja nie ada beberapa jenis ubat sakit kepala berjenama panadol...semuanya aku dah telan...tunggu aja kesannya..sama ada pening yg kebah atau aku yg rebah...

Sabtu...setelah beberapa minggu aku tak dapat melepakkan diri di umah..aku berkesempatan untuk meluangkan masa utk menjenguk ke ruang belakang umah aku...hajat utk memotong rumput yg 'kian' meninggi dan hampir2 saja menyebabkan aku tidak lagi mengenali ruang belakang umah aku akhirnya kesampaian...setelah bertukus lumus dari seawal jam 7 dan menyebabkan lima dari 10 jari tangan aku melecet akhirnya keadaan menjadi 'clear'...baru lah nampak cam umah ada penghuninya...barulah rasa nampak terang...hahahhahahahahaha...setel semua keje aku bawak wife sama damia g brekeps di tempat biasa.."ali maju curry house"...dan mcm biasa abis jeak brekpes aku akan meluangkan masa untuk cuci mata di Kedai ABANG >> Brothers lah...balik dari brekpes aku sambung keje mengindahkan umah lagi..kali nie aku teruskan dgn aktiviti mengecat...yaa..aku cat tembok batu yg tersergam indah di pagar... yg cat asalnya berwarna putih kali nie dah tak berapa putih... blum siap lagi..tinggal separuh...cat abis pulak dahhhhh...huh hampeh..aktiviti ini akan disambung pabila cat baru sudah dibeli..bila..?? 'biarlah rahsia' sebab aku pun sendiri tak tau bila nak sambung..hehehehhe

ahad...pegi makan kenduri kawen...kat mana..?? BALAKONG...huh jauh ya amat...sib baik jln kurang 'jem'...

Sekian...

ooppss : sabtu 9/9/06 juga adalah besday wife aku yg ke (?) .... hehehehe....dan aku telah hadiahkan sebuah hp kepada nya..Selamat Hari Jadi Mama..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki





Thursday, September 07, 2006

Kisah Menjelangnya Bulan Ramadhan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera wat rakan2 yang dihormati

Memandangkan bulan ramadhan akan menjelma x lama lagi..lebih kurang 2 minggu dari sekarang jeak...jadi aku nak sampaikan satu mesej yg lebih kepada peringatan wat rakan2 semua terutama golongan yg pompuan nie ... sebab laki2 nie jarang yg 'ponteng' puasa...hehehehhehe...sapa2 yg blum bayar lagi 'hutang' puasa tahun lepas cepat2 lah ganti...takut2 nanti x sempat pulak...jgn ditangguh2 nanti terlupa...

Yang blum ganti puasa satu kes...yg sebelum nie sihat walafiat tapi tiba jeak bulan ramadhan nie dapat penyakit pun satu kes jugak...tetiba jeak dapat penyakit gastrik kan...huhuhuhuhu ... apa kes nie..? mcm2 hal lah kan...ok...oklah lupakan pasal hal tue...yg nie hal lain pulak...kebanyakkan kedai2 yg mengambil upah wat baju nie pun dah x ambik tempahan lagik..katanya tempahan utk hari raya dah penuh..peeghh dasat niehh....puasa nye pun blum lagi...persiapan nak raya dah siap...eemmm

Oh ye..semalam...a'ah semalam masa time malam...sedang berehat sambey tgk berita TV3 kat tv...ada satu iklan nie yg cukup menarik minat aku...hehehehhe...iklan nie lebih kurang berbunyi camni lah "saksikan lah rancangan beskut raya bersama 'konfleks' di tv3"... hihihihihihihihih..lagik...pasni pasti ada banyak lagi yg akan keluar...tungguuuuuu.....


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti




Tuesday, September 05, 2006

Pakcik Oh Pakcik

Di satu pagi yang damai bak hospital damai mahupun hotel damai...satu peristiwa yang agak melucukan tapi lebih kepada menyedarkan aku bahawa yang aku nie semakin menuju ke zaman 'kurang muda' dan aku telah terlalu jauh meninggalkan zaman kanak2...hahahhahah..lokasi kejadiannye di dalam lif dimana aku bekerja...aku baru saja mengambil surat2 di Unit Mel...dan menuju ke lif utk naik ke floor aku ler...aku masuk lif dan diikuti 2 orang budak sekolah...budak ler dah pakai seragam sekolah rendah..kira budak ler nie...aku tekan tingkat 10 dan budak tue tekan tingkat 1...pastu..jeng jeng jengg

budak 1 : kita nak pegi tingkat satu kan
budak 2 : a'ah lah..perpustakaan kat tingkat 1
budak 1 : abih tue kenapa tekan tingkat 10
budak 2 : bukan aku ler..pakcik kat belakang kau tue (pakcik tue merujuk kepada aku ler..dah takde org lain lagi)

Cehh..! dalam hati aku cakap..ada ke budak2 nie panggil aku pakcik...tua sangat dah ke aku nie..huhuhuhuhuhu...ah lantaklah

Monday, September 04, 2006

Layan Kan Aja...

Satu lagi minggu yg berlalu dengan penuh cerita...tersangatlah menguji ketahanan diri dan juga mental...aku sebenarnya dalam keadaan yg tersangat lah pening...pening bukan sakit kepala tapi sebab mengantuk yg teramat sangat...dengan cuaca yg suam2 kuku kambing nie kalau dapat bantal sama tilam..peeghhh...layan beb...nie lah mungkin sebab malam tadi balik lewat dari majlis makan malam bnm kat sunway convention centre...majlis abis lebih kurang kul 1230 mlm...aku sampai umah dah kul 1 (sib baik blk umah mak kat gombak je)...aku masuk tido pun dlm kul 2...ekceli tido lewat mlm tadi taklah meletihkan aku sangat...cuma program pada siang hari nye juga menyumbang pada keletihan badan nie...sekali ada kenduri kawen daaa...nak plak cuaca panas masa tue...walaupun aku taklah 100% menolong masa ari kenduri tue...aku tetap penat dek disebabkan bende2 kecik cam bersembang ngan sedara mara dan melayan karenah damia...ekekekke

undur 2 hari sebelum ari ahad...alah kira ari jumaat lerr...pukul 11 wife aku tepon...dia diberitahu oleh kakak nye yg anak nye (anak buah wife aku ler) yg sedang belajar di Melaka kemalangan ...kemalangan antara motor ngan kete di bulatan jln dato' onn dan dihantar ke hospital kuala lumpur (GH)...terkejut gak aku camne bleh kemalangan kat KL...sedangkan dia belajar kat melaka...rupa2nya dia dan kwn2nye datang ke KL ..sambut merdeka...kira masa kejadian tue dia nak balik melaka lah...sib baik lah tak ada yg teruk sangat cuma tulang kaki nye patah (emm tak teruk ke.?) dan kena operate utk masukkan besi...ptg tue jugak mak dan ayah nye sampai dari kg...

Sabtu nye pulak...seawal pagi dah bertolak ke hospital...nak uruskan perpindahan anak buah wife aku dari GH ke hospital di bukit mertajam..nie pun atas permintaan mak nye...yelah kalau dekat ngan umah senang skit nak ulang alik ke hospital...sapa yg tak sayang anak kan...sampai kat hospital cuma mak ngan ayah je bleh naik...yg lain kena tunggu waktu melawat 1230 tgh ari..peghh..aku tgk jam nie baru pukul 10 pagi...lagi 2 jam setengah kena menunggu...di pendekkan citer petang jugaklah baru mereka bertolak dari kl ke penang...itu pun setelah selesai wat 'police report'...seharian kat hospital beb...ikut letih mmg le letih tapi ahli keluarga di timpa kesusahan kenalah bersabarkan...balik umah pun dah kul 530..rehat kejap pastu bersiap lagi...nak pegi ke umah sedara yg wat majlis perkahwinan anaknya kat ampang...huh...penat seh bwk kete...balik jeak kat umah mak aku kat gombak tiada lagi yg aku mampu lakukan selain solat dan terus masuk tido....letih giler...game bola england sama andorra pun aku tak layan..

Ahad..?? tue aku dah citer kat atas tadi...hehehehheh

Jadi..Kesimpulan pada citer2 aku nie ialah satu lagi ujung minggu aku tak dapat bangun lambat...hua hua hua hua hua hua...x pe x pe..banyak lagi ujung minggu yg akan mendatang...ekekekekkek...jom layan lagu nie sebelum korang klik pada kotak pangkah atau bahasa indahnye 'close'...lagu nie aku dengar masa kat MMM BNM 06..yg nyanyi nye budak bnm gak...kira 'bintang' kat bnm nie lah...x moh sebut nama dia pulak....wachaaaaa.....layannnn

Tiada Lagi
Amy Search


Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi
Aku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata cintamu
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu

Nota: dah kian dekat dah