Wednesday, January 17, 2007

Digi - 016 mahupun 014

Kajian baru-baru menunjukkan Digi (016 atau 014) tidak selamat
digunakan.

Apabila anda guna line Digi dan rakamkan dalam camera, dan perhatikan
elok-elok.... anda boleh perhatikan kelibat seekor penunggu bewarna
kuning akan mangekori pengguna tersebut. Jin atau toyol kuning ini akan
ikut anda ke mana-mana: laut, gunung, hutan, dalam komuter, malahan dalam
kereta lalu kat terowong pun dia ada gak.

Tak seram ke bila sentiasa diekori macam tu? Dah lah botak, pendek,
tembam dan berwarna kuning cerah, makhluk ni jugak akan mengajuk-ajuk
pergerakan anda! Pada masa yang sama, mereka akan menari-nari dan menyanyi
lagi "I will follow Him" dari filem 'Sister Act 1' yang diubahsuai
liriknya.

So, hati-hati dengan pengguna Digi yang dekat dengan anda, kerana anda
diperhatikan. Gunalah Celcom atau Maxis, macam saya.

P/s: Ni bukan rekaan. Tetapi saya lihat sendiri dengan mata saya kat
TV baru-baru ini. Kenapa, tak percaya?

:)kopi dan pes

No comments: