Wednesday, June 28, 2006

Penyakit Berjangkit - Malas

A'kum

Rasa malas nak update blog nie..walaupun aku penah kata yg aku akan update blog nie tiap2 ari..ada 2 perkara yg menyumbang kepada kemalasan utk aku update blog nie

Satu
Faktor keje yg melambak dgn erti kata lain banyak keje lah...la nie mcm2 keje yg nak kena dibuat (cam klaka jeak ayat nie)..bila dah byk keje secara otomatik nye aku akan keluarkan perkataan 'sibuk' atau 'bz'..alah cam lah tak biasa pulak..(pasti yg ada yg akan gelak bila aku kata yg aku nie sibuk)..aku akan kata terpulang lah pada korang nak ckp apa sekali pun..nak percaya atau tidak...hak hak hak hak

Dua
Aku dah tak tau nak tulis apa lagi..aku nak citer bende yg aku buat weekend lepas...sumpah aku tak ingat (lebih kepada kemalasan..aku malas nak pikir apa aku buat..aku malas nak susun ayat)..kalau aku update senin lepas maybe aku bleh lah ingat apa yg aku buat..org kata masih bersemangat..nieh dah 3 ari jadi malas lah..

aku nak sembang pasal wel kap..huh..!! apa lagi yg aku nak tulis..banyak sangat dah citer pasal wel kap nie...kat suwat kabar..kat internet semua ada..kat astro lagi lah..macam2 adaaaaaa........yg aku tau dah sampai peringkat suku akhir..(huhuhuh ..da nak abis da wel kap nieh) brazil sama england teruskan perjuangan anda sampai ke final..peace..!!!

Nak suruh aku tulis gossip..hehehehhe seyes aku bukan seorang kaki gosip..aku bukan paparazi..aku bukan juga wartawan majalah rambutan...ekekekkekeke..pokoknya aku tak pandai nak bergosip-gosip nie la..ekekekekeke..

Ok.. aku citer apa yg aku sedang buat sekarang nie..sudah tentu aku tgh menulis entry nieh..hahahah..baru balik dari gim...aku tulis entry nie sebelum aku turun tadi, tak sempat nak abiskan..so aku samb lah nie (baru nak samb dah dapat keje lagi..heheheh..nak gie anta memo ..pastu x samb dah...tunggu aja next entry)....choww..layannnnn

Monday, June 26, 2006

Nurin Damia Shazana


Damia1


Damia2


Damia 3

Baby





Sori - Kualiti gamba kurang memuaskan

Thursday, June 22, 2006

Semalam dan Hari Ini

Seperti yg aku bagitau sebelum nie..petang semalam aku gie tgk sepupu aku yg baru bersalin...baby girl..putih seh kulitnya..comey sungguh..(sori kemera lupe mau bwk...so xde gamba lah..insyallah esok aku upload)...lama x lama lah aku kat sepital semalam..sejam setengah jeak...eemm...mlm tadi aku tertido awal...mula2 tue tgk bola, Portugal lawan Mexico tapi baru 15 minit game mata aku dah tak larat nak celik...ntah kenapa aku rasa sangat letih semalam (mungkin sbb tgh ari tue aku lama sangat main badmnton kot)...sebelum tido aku set alarm pukul 3 pagi...cadangnya nak bangun nak tgk bola jugaklah kali nie argentina lawan belanda...mmg aku bangun pun..aku on TV 10 minit pertama aku masih lagik tgk bola pastu cam biasak la TV yg tgk aku tido...ahaksss

-----------

Pagi nie aku brekpes kueh tiau goreng...air nye cam biasak la..nescafe tarik...aku makan separuh jeak..takleh nak masuk lagi...wife aku tanya...skit jeak makan...aku kata a'ah jeak...kenyang aku cakap...tapi ikutkan taklah kenyang mana pun cuma masalah utama ialah x sedap...kalau dah x sedap kita lapar macam mana sekalipun ...mmg hilang selera nak makan...


"Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah"

Wednesday, June 21, 2006

Tiada Hala Tuju..Kosong Semata2

Sebenarnya aku takde idea nak di tulis utk entry kali nie...eerr..ekceli idea tue banyak dlm kepala otak nieh...cuma bila terlalu banyak kekadang ia wat aku semakin x tau apa yg nak aku tulis...ikutkan dah 2 - 3 kali aku padam entry yg aku tulis tadi...sebabnya aku takut apa yg nak cerita nanti akan disalah ertikan..."alah macam kes adlin sama saleem pulak"...huhuhuhuhu...entry ari nie lebih kepada cerita kosong yg takde hala tuju akibat gangguan daripada sistem pemikiran yg sedikit rosak akibat pengambilan ubat pening kepala yg lebih dikenali dengan nama 'panadol' di kedai runcit mahupun pasaraya...hahhahaha..ye kosong...cerita nye sangat panjang tapi sebenarnya kosong didalamnya seperti satu donat yg besar tapi bila di makan kosong di dalamnya.....ruang2 yg besar tue hanya dipenuhi dengan angin semata2...tapi aku pedulik apa..ini blog aku...ikut suka aku lah mcm mana sekali pun aku nak wat..ikut suka aku la apa aku nak tulis...boleh ke aku wat camnie...??? tapi sememangnya aku berhak wat camnie pun...betul tak..??? kalau x betul tolong betulkan aku...kekekekekeke...kenapa takde hala tuju..?? seperti yg aku kata aku x tau nak tulis apa cuma aku teringin meletak entry setiap ari kat blog aku nieh...walaupun sekadar hanya perkataan "Assalammualaikum"...

eemmm...petang nie aku cuti...yup cuti separuh hari...bukan aku malas nak wat keje ari nie..bukan jugak sebab 'gangguan emosi'....cuma wife aku mengajak bercuti sebab nak melawat sepupu aku yg baru bersalin semalam...dapat baby girl..diulangi Bercuti sebab nak tgk Baby...cuma apa yg diberitahu kat aku..sepupu aku nie terpaksa dibedah sebab baby degil sangat nak keluar...dah 2 ari dok dalam sepital tue (hospital bersalin kuala Lumpur)...so bukan bersalin normal lah...sebelum gie melawat aku nak amik damia dulu...si damia nie sangat suka tgk baby nieh...teringin adik sama kot...hahhahahahahaha...aku sendiri pun ramai yg dah bertanya...kengkawan...rakan sepejabat...sedara mara...bila nak tambah sowang lagi...si damia dah besar tue...aku cuma kata.."nantilah"....akan ada cuma kena tungguuuuuuu.....ekekekekek..tapikan kekadang aku gelak sowang2 bila teringat ayat nie...lebih kurang ginilah " Semakin ramai isteri semakin banyaklah rezekinya"...ayat nie aku baca masa aku gie makan kat Restoran Ayam Bakar Wong Solo yg aku citer dalam entry aku sebelum nie...ingat tak.???tapi betul beb tauke yg empunya restoran tue ada 5 orang isteri...siap ada gambar lagi..x caya korang pegilah tgk kat sana...wachaaaaaa.......jgn salah paham aaaaaa.....sekadar penambah cerita utk entry ari nie aja...takde maksud apa2 pun...jom larik..larik...larikkkkk.....huh huh huh huh huh ....

sebelum aku semakin lupa diri....eerr maksud aku sebelum aku semakin hilang arah dlm tulisan aku nie baik aku berhenti.. S.T.OP...bukannya apa aku nie bukannya seorang penulis yg baik...sekadar menulis apa yg melintas di dlm pemikiran aku...mungkin aku perlukan sedikit bahan bacaan yg boleh mengaktifkan daya pemikiran aku (macam gunung merapi yg sedang aktif) agar lebih baik...asyik2 baca majalah UJANG jeak...jiwa pun dah macam kartun...ye kee....ntah lah...korang rasa..??

psstt : sebelum balik tgh ari nie..aku akan ke gim seperti biasa dulu..pastu baru balik...


Tuesday, June 20, 2006

Malam Sebelum Waktunya

Info cuaca - Selasa 20 aribulan enam tahun 2006...pagi2 lagi keadaan sekitar KL nie mendung (mungkin sudah ujan ketika ini)...gelap menghadirkan suasana yg cukup sejuk sehingga kita teringatkan pada bantal2 dan juga tilam empuk ...wah alangkah seronok ye kalau ari nie ialah ari cuti...dapat tido dlm keadaan cuaca sebegini...tapi itu hanya harapku...kerana aku sudah sedia terduduk di atas kusi pejabat...hanya menunggu waktu utk memulakan kerja...hahahahaha...dah pukul 12.30 cuaca masih lagi mendung...aku cam biasa lah time2 cenggini...bersiap utk turun ke gim...berlari dlm 20 minit pastu sambung men badminton...4 kali seminggu...letih..?? ikut badan memang letih...tapi bak kata wife aku giler nak kurus...huhuhuhu...makan pun makin lama makin kurang...aku tau cara diet aku nie salah...yg aku pk cuma nak kuruskan badan tanpa mengambil kira kesan yg akan berlaku kat diri aku...

bercakap mengenai tido nie aku ada artikel yg nak di kongsi bersama....layannnn



Masalah Tidur
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong

Masalah tidur merujuk kepada keadaan apabila seseorang itu sukar untuk tidur, tidak dapat tidur nyenyak pada waktu malam, sentiasa merasa mengantuk walaupun tidur selama 8 jam atau lebih, sering terjaga terlalu awal, sering tersenguk-senguk walaupun dikhayalak ramai, dan tidak dapat menumpukan perhatian ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Masalah ini akan menyebabkan anda berhadapan dengan keadaan yang berikut :-
  • Mempunyai mata yang bengkak disebabkan kekurangan tidur.
  • Sering merasa letih dan tertekan pada waktu pagi dan malam.
  • Sering tertidur ketika berada dikhayalak ramai.
  • Kurang aktif dan kurang mempunyai hubungan sosial.
  • Sukar untuk menumpukan kepada isu yang dibincangkan dan fikiran sering merawang kepada pekara lain.
  • Sering mendapat masalah kesihatan seperti kejang otot, sakit perut, pening, dan lain-lain.
  • Sukar tidur, sering terjaga malam, atau terjaga terlalu awal.
  • Takut waktu tidur kerana risau susah tidur.
  • Mudah tersinggung.
  • Mengambil ubat-ubatan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
  • Sering menggunakan rokok, alkohol, ubat untuk menenangkan diri sebelum tidur.
  • Ketagihan kepada ubat penenang.
Jenis-jenis masalah tidur.

Jenis-jenis masalah tidur yang biasa didapati adalah seperti berikut :-

  1. Insomnia
  2. Berdengkur dan Apnea
  3. Narcolepsy
  4. Sindrom Kaki Resah (Restless Leg Syndrome (RLS))
  5. Masalah Pergerakan Anggota Berkala (Periodic Limb Movement Disorder (PLMD))
Akibat kurang tidur

Walaupun selama ini masalah tidur tidak dianggap sebagai masalah yang besar, kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa masalah tidur boleh membawa kepada masalah jantung. Dalam satu kajian dari tempoh 1996 sehingga 1998, dan diterbitkan dalam journal "Occupational and Environmental Medicine" keluaran Julai, terdapat bukti bahawa risiko mengalami serangan jantung berganda bagi mereka yang bekerja lebih daripada 60 jam seminggu dan tidak tidur seperti normal. Kajian itu membabitkan 260 lelaki berusia antara 40 - 79 tahun yang dimasukkan kedalam hospital disebabkan serangan jantung kali pertama. Kajian tersebut turut membabitkan kumpulan kawalan seramai 445 orang seusia tanpa penyakit jantung.

Kesemua peserta kajian menjawap soalan berkenaan jam bekerja seminggu, hati rehat, masa tidur harian untuk bulan lalu dan selama tahun lalu. Potensi risiko sakit jantung terperinci seperti gaya hidup, berat badan, dan kesihatan diri seperti darah tinggi, ketinggian kalesterol, dan kencing manis (diabetes).

Kajian mendapati lebih panjang waktu bekerja berkait dengan lebih sedikit hari rehat, dan lebih pendek waktu tidur termasuk waktu tidur kurang daripada 5 jam dalam kedua dua kumpulan. Bagaimanapun mereka yang ada sakit jantung bekerja lebih lama, kurang tidur, dan tidur kurang daripada lima jam lebih kerap berbanding mereka yang dalam kumpulan kawalan. Mereka yang bekerja melebihi 60 jam seminggu menggandakan risiko sakit jantung berbanding mereka yang bekerja 40 jam atau kurang seminggu.

Bagaimanapun pengkritik menyatakan kajian itu didasarkan kepada soaljawab peserta yang mungkin tidak dapat meningati dengan tepat tempoh mereka bekerja dan tempoh mereka tidur untuk setahun yang lalu. Selain itu, kajian dengan menggunakan tikus yang tidak dibenarkan tidur sehingga mati tidak menunjukkan sebarang kelainan pada jantung tikus tersebut. Kemungkinannya gabungan kurang waktu tidur dan kuat bekerja, meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung, mengakibatkan jantung tidak berfungsi dengan normal.

Oleh itu adalah penting bagi anda untuk menjaga tidur anda. Pastikan anda mendapatkan tidur yang mencukupi setiap malam. Sekiranya anda mengalami masalah tidur yang berpanjangan, sila rujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan.

Monday, June 19, 2006

X ubah mcm Patung Hidup

'Otak' aku nie masih tido walaupun jam kat dinding dah melewati pukul 10 pagi...satu keje lagi aku belum mula walhal aku ada 2-3 keje yg perlu disiapkan...mood keje masih blum ada dek terganggu ngan citer yg kurang menyenangkan dari seorang jiran di kawasan tempat tinggal aku...apa lagi kalau bukan kes pecah umah...peristiwa yg aku alami sebelum nie...aku ingatkan selepas kes umah aku tue pihak sekuriti akan mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan...rupa2nya indah khabar dari rupa...selepas kejadian kat umah aku tue ada lagi 2 kes yg sama...kali nie tuan umah tak bernasib baik sebab masa kejadian tuan umah ada didalam umah...penjenayah pecah masuk melalui pintu belakang - pintu kat dapur lah terus mengambil pisau yg disimpan di dapur lalu naik ke bilik utama dan mengacukan pisau ke leher tuan umah..( x gigil ke korang kalau kena camni)...sampai sekarang mangsa masih lagi mengalami trauma....eemmmm....kes terbaru yg berlaku 2 hari lepas...baru lagi nieh...

aku x faham lah apa fungsi sebenar sekuriti yg ada nieh.. x ubah cam patung hidup jeak yg berdiri/duduk kat pondok tue sambil memerhati kereta yg keluar masuk...aku bertanya gak kat jiran aku nie..." Yg diorang ronda sebenarnya diorang tgk apa..??"...nie jawapan nye ' kalau u nak tau itu sekuriti ronda sebab nak tgk besi2 buruk aja...nanti diorang kutip pastu diorang jual'...dlm hati aku kata " la ye keee.......hampes punya sekuriti"..nie kah yg dikatakan harapkan pagar..pagar makan padi...hantu betullah...eemm...Ke sekuriti ni jugak yg jadi dalang dlm kes pecah umah nie..??..apa2 pun mulai malam tadi aku mula kembali berjaga2...demi keselamatan family aku ..aku x kisah asalkan aku hanya tidur2 ayam...(dapat gak layan wel kap)..aku dah mula terpk nak pasang 'alarm' kat umah aku nieh..bia kuar duit sikit demi keselamatan diri dan keluarga..ye tak..???

----------------------------------------------------------------------------------------------


sabtu 17 June

Tima kasih wat 2 sahabat baik aku - Zez (dtg ngan Lin dan si kecil Haikal) dan Zamdee yg sudi datang ke umah walaupun terpaksa meredah kesesakan jalan yg teruk dan juga kepenatan bermain bola...ekekkekeke...sori lah geng takde ayam golek seperti yg aku janji...ntah kenapa gerainya tutup (bukan alasan semata2...hihihihihi) ....ngan kunci kete si zamdee aku bwk ....sian kat kowang sebab kena tunggu lama kat padang nun...ahaksss......nanti2 free - free kan lah lagi dtg ke umah aku lagi..lepak2 sambey layan wel kap....ahaksss...

--------------------------------------------------------------------------------------------

Brazil..???.. 2 - 0 ....cukuplah tue ..x payah banyak2..yg penting menang...hua hua hua hua


Adriano....bravooooo..!!!
















Yehaaaaaa.......Fred
















eemm..apa kes ronaldo..??

Friday, June 16, 2006

Amal - amalkan lah serta liputan 'wel kap'

Salam Jumaat

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua?

Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak
boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis,
lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita
telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah
ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood
kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga
pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah
susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet
Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM
DIA
AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2
cubalaa.................................
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila
kita
sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur
dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri
akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan
ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang
terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...


Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum
matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais)
setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena
sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud
sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari
sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat
kajian
kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui
beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis
hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme
banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air
liur.

(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya.......

WallahuA'lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu
demi
kebaikkan insyaallah Allah akan
menggandakan 10 kali kepadanya.

--------------------------------------------------------------------------------------
Kisah wel kap.......

england vs trinidad n tobago..yehaaaa menang 2 - 0 tuee.....cayalahhh

Penjaring gol kemenangan pasukan England


Gol Pertama - Crouch


Gol kedua -Gerrard


Psstt : ekceli aku ada 2 negara yg aku minat dalam wel kap nieh....brazil sama england seh..ekekekeee


Thursday, June 15, 2006

Kenapa pasukan brazil diminati ramai..??

Adakah sebab para pemainnya yg berstatus bintang















ATAU


sebab yg ini














MUhahahahahhahahahahahahah



demam bola

Sejak semalam badan aku x berapa nak sihat...mula2 selsema ntah camne leh jadi demam pulak...mlm tadi tertido awal..agaknya sebab ubat selsema yg aku makan kot...mmg kalau makan sebiji pun dah cukup wat kita mengantuk..nieh aku telan 2 biji terus...pastu telan 4 biji panadol...gile seh aku...tido siap pakai selimut sama setokin...huh ! x dapat layan 'wel kap' mlm tadi...pagi nie badan masih sejuk2 lagi..selsema nie pun still ada lagi..cuma dah agak kurang skit... x mcm semalam...nie lah kot yg dikatakan demam bola...mungkin gak sebab x cukup tido..yg diorang nie pun main kul 3 pagi waktu mesia apa hal...dah takde waktu lain ke


aduh..!! demam...ekekkeke


sekarang nie mcm hal2 yg berlaku kat tempat keje aku nieh...ada yg puas hati...ada jugak yg tak berpuas hati...aku nak citer pun dah naik malas...bukan apa takut nanti apa aku tulis nie jadi panjang berjela...boleh jadi kontroversi...boleh jadi gossipp...yg paling aku takut nanti, aku sama ngan korang sekali x paham apa yg aku tulis...huwaaaaaaaaaaaa..cuma yg leh aku citer skit kebanyakan kakitangan kat sini x puas hati pasal penstrukturan gaji yg baru nie...kenapa..??? malas seh aku nak citer..." yg gaji besar bertambah besar lah gajinya...yg gaji kecik nie tetap keciklah gajinya.........hehehehehheehh..rasa mcm nak cari keje lain jeak...nak tukar angin (kata orglah) ...tapi sekarang nie bukan senang nak cari keje..budak2 yg baru kuar unibersiti pun blum tentu dapat keje..ye tak..??

layann...




Tuesday, June 13, 2006

Senyum lah

RAIHAN

Manis wajahmu kulihat di sana

Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman... senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah



senyumlah seperti saya

Monday, June 12, 2006

Disebalik cerita

a'kum

salam ceria wat semua...selamat berjumpa lagi di minggu yg baru...semoga sihat2 belaka ye tak..?? kalau aku yg tak sihat dah tentu tak berupdate blog nie kan..kalau korang yg tak sihat dah tentu pulak takde sapa yg nak baca entry aku..ye tak..???

cam malas pulak aku nak citer pasal wel kap nie..korang pun dah tau keputusan bagi perlawanan yg dah berlangsung...kat TV..kat suwat kabar..kat radio..semuanya banyak bercerita pasal wel kap nieh kan...aku nak ckp banyak pun aku bukannya pengulas sukan..ye tak..?? hehehheehe

mlm sabtu lepas...mungkin nie satu sejarah baru dlm kehidupan aku setelah 28 tahun hidup...hihihi...kami satu keluarga..satu keluarga yg besar keluar bersama gie makan kat luar...sebelum nie takde sehhh...takat makan ramai2 kat umah tue biasalah...tapi kali nie makan malam kat luar...Restoran Wong Solo Ayam Bakar menjadi saksi...ecehh....ahaksss...

hah..! citer pasal restoran wong solo nie...restoran yg berasal dari indonesia nie terletak kat Ampang (dekat2 dengan balai polis ampang yg baru tue) masakan nye semua bercitarasakan dari indonesia lahh dan menu utamanya ialah Ayam Bakar..mmg klass beb ayam bakar dia...ada gak menu spesial yg lain cam daging dendeng...gado-gado...pecel ikan keli...sotong sambal petai...ayam penyet...dan sayur kangkung goreng...mungkin namanya nampak cam pelik skit...tapi rasanya beb..peeghhh..tue bab makanan..bab menuman pun namanya bes jugak...ekekek...yg paling bes sekali minuman nie..jus poligami ...hahahahah....ntah lah apa rassanya....apa2 pun kalau korang nak tau lebih lanjut korang pegi jeaklah kat restoran tue...rasa senirik....ekekekekke...jgn takut kalau pasal harga...bagi aku harganya berbaloi dengan kelazatan makanannya...percayalahhhh...kat restoran nie gaklah korang bleh pilih samaada nak duduk ateh kusi atau makan duk bersila....pilih jeak..yg penting sapa cepat dia dapat....heheheheh......

tapi betul aku ckp..makanan kat situ sedap2 wooo..kalau idak takkan lah pengetua AF4..alah Ramli sarip tue lah..dia pun makan kat situ gak ...ngan family dia rasanya..aku jumpa mlm sabtu lepas gaklah..siap dia yg tegur aku..hahahaha..cam aku plak yg gelemer... ahakss...

nie aku citer pasal aku pegi makan ke atau nak promote restoran wong solo nieh...ekekekek..alah...layan kan aja laaaaa.......zasssss....

Quote of The Day:
  • To me, photography is the simultaneous recognition, in a fraction of a second, of the significance of an event.
Henri Cartier-Bresson

Friday, June 09, 2006

CERPEN ISLAMIK : DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR

Salam Jumaat....

Kisah yg nak dikongsi bersama...jom baca

CERPEN ISLAMIK : DARUL TAQWA & DATUK DR JOHAR

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman."

Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.

"Pakcik, biarlah saya tolong kutip, sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.

Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan.

Bangunan pencakarlangit dengan wajah pembangunan yang sofistikated.
Ada helikopter bersimpang -siur bergerak diudara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukanyang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.
Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.

"Hoi budak, Aku di mana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi.

Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak.
Apakah ini Aladdin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikiran Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.

"Assalamualaikum....Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini.

Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik didenda, 30 kalisubhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali."

Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa? Dia nak marahkan aku?

"Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gajiyang kamu dapat sebulan? " tanyanya angkuh.
"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

"Oh, oh.... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu?" Tanya pegawai itu pula.

Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula – Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan,lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "

"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang,kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan.

Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit di tengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.

"Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din, Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."

Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr.Johar.

"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang,lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat..."

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas.

Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa.

"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah! seksa Neraka amat pedih. Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya dihukum di Akhirat!" rayu lelaki itu.

Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati. Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas ....Lega. Dahaga, lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan. Dia perlu minum. Tapi di mana?

Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :
"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed AlAbrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"

Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah. Matanya tak betah lagi melihat semua itu. Tapi kerana lapar ia masuk juga.

Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."

"Ceh! Diskriminasi, double-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan." Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya.

"Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".

Lelaki itu tersenyum."Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan," terangnya. Mukanya jernih. Serban dan jubahnya serba putih.

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macamni..."

"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah...." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia menggeleng -gelengkan kepalanya.

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk.
"Nasi beriani sepinggan !" ujarnya kepada pelayan.

"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.
"Ya ! Apa peliknya?",

"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahalamakan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu.

Dia tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu ke tempat orang menikmati makanan. Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek!Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian!

Nasi beriani dengan Ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.
"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu
dengan sopan.

Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

Ya Allah,apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyangjemaah Subuh, " ujar seorang lelaki mudadengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja.
"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufatyang lain ?" tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati.

Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit....malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya. "Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi
orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita.” keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.

"Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya.

Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya.... saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Merekapun makan dengan perlahan -lahan.

Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!"ujarnya kepada pelayan restoran.

"Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ....berhentilah sebelum kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Sayapelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....," katapelayan itu lagi.

"Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeriatau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan direstoran!" bentaknya. Marah campur geram.

"Tuan, mana ada hospital sekarang. Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!

"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan.

"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada bacabuku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya....."

"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya.
"Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.

Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai-bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada
pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni?

Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI,MIZAN NOKTAH PENYESALAN ,IZRAEL DATANG TIBA-TIBA. Oh...Oh... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.

Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA'. Kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI.. Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni?

"Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.
"Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..."

"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengarlagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu.

Ayat suci Al-Quran bergema... "Eh ...ni suara orang mengaji,"
"Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya ditutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.

Kemudian getaran suara bergema:

Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu
mendamba kasih yang tidak berhujung
mengutip sayang di hamparan cinta suci.
Inilah getaran hatiku memburu cinta.......
stanza hatimerindu Ilahi!"

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.

"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..."

Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.

"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah."

"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambarpencuri."

"Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum dihadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka."

"Ah, aku tak nak dengar semuanya. Makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoranitu. Di luar, semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.

Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIRTRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas:

"KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak mereka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah.

Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum.

Baginya, semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini?
Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.

"Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !"

Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.

"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? "tanya Datuk Dr.Johar.

"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi. Mereka tak mahu pilihanraya..."

"Habis, mereka mahu apa?"

"Mereka mahu Islam, Datuk!"

"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.

"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI"

Pasakkan Sabar Teguhkan Istiqamah"

Thursday, June 08, 2006

satu bulannnn.....

wachaaaaa

satu bulan bermula ngan esok aku nak wat entry pasal world cup jeak...hahahhahhaha
aku punya suka.....suka punya aku.....la la la la la la la


We Are The Champions

Artist:queen

I’ve paid my dues -
Time after time -
I’ve done my sentence
But committed no crime -
And bad mistakes
I’ve made a few
I’ve had my share of sand kicked in my face -
But I’ve come through

We are the champions - my friends
And we’ll keep on fighting - till the end -
We are the champions -
We are the champions
No time for losers
’cause we are the champions - of the world -

I’ve taken my bows
And my curtain calls -
You brought me fame and fortuen and everything that goes with it -
I thank you all -

But it’s been no bed of roses
No pleasure cruise -
I consider it a challenge before the whole human race -
And I ain’t gonna lose -

We are the champions - my friends
And we’ll keep on fighting - till the end -
We are the champions -
We are the champions
No time for losers
’cause we are the champions - of the world -

Tuesday, June 06, 2006

Kawen


ahad 4 jun 06
yeha..yehaaaa.....selamat pengantin baru wahai sahabat aku.....eshadiq dan rahayu....semoga berkekalan hingga ke anak cucu....huh..!! jauh sungguh ye ke rumah pengantin pompuan nie..ingatkan dekat aja...tue dia ke hujung kg....pada hal kat hulu langat....pestaim sampai ke sg lui hulu langat....sumpah jauh beb...tue blum lagi dgn jln jem nyee....sepanjang jln ada aja kenduri kawen..maklumlah cuti sekolahkan....

yelah..kata nak pegi kenduri kan....so dr pagi lah aku x makan....mana nak tau tempatnya jauh + jln jem....bertolak dari umah kul 1230..dekat pukul 3 baru sampai....seyes lapar giler....sampai2 je kat sana sedang elok pengantin tgh amik gamba ateh pelamin... so sempat gaklah tumpang sekaki...hahhahahahahah....pastu....tak reti2 nak mencekik....si damia dah mengamuk..lapar lah tue....perut aku pun dah nyanyi lagu keroncongnya......ekekekeke.......yg untungnya dtg lambat2 nie sbb xde owg....bukan xde..maksud aku tetamu dah x ramai..so nak makan senang skit x payah nak cari tempat kosong...pastu kalau nak tambah pun x lah segan sangat...(aperda mkn kenduri leh main tambah2) ahaksss.......part yg nie bes....lauk ayam masak sambal dia mmg ada kick la, lantaklah..kickboxer ke..flying kick ke..mmg ayam masak nie peberet aku nieh... aku amik nasi skit jeak..aku lebihkan laukk ayam nie...hahhaahhaha......."sungguh enak dimakan begitu saja..00000" sehingga menjilat jari :p .......makan tetap makan tueh walaupun tgh diet ..........itu lah moto aku sekarang nie....haiyakkk....ye ke...leh ke camnie...?

udah puas mencuba nak upload gambar pengantin..malangnye tak boleh...mengong punya server...apa2 pun nie lagu utk pengantin baru nieh


Selamat Pengantin Baru

Artist:hijjaz

Song Category: Nasyid
Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu

Moga kekal hingga ke syurga



Thursday, June 01, 2006

satu..dua..tiga..ampat..lima...enammm...

a'kum

Dlm bising punya bising...diam punya diam....sedar x sedar udah bulan jun...maknanya kita dah berada dipertengahan tahun 2006....dari bulan jan hinggalah ke bulan jun nie...mcm2 bende yg berlaku sepanjang nam bulan nieh....ada duka juga ada ketawa....hahhahahaahah......

saja memfree kan diri nieh....ntah lah aku rasa dlm minggu nie aku sibuk sesangat..mengalahkan PM.....sebelum nie bz jugak lah tapi x lah sampai camnie.....semua keje dan dan nak sekarang jugak.......aduhh.....penat skit lah.....haiyakkkk....

hah..!! yg nie pun satu kes jugak.....aku ingatkan cuti sekolah nie jalan x sesak..rupa nye makin teruk sesak nye..memanglah pagi masa gie keje lancar jeak...nie masa balik punya citer.......jln dari selayang ke rawang....cuti2 sekolah nie aku rasa sesak gila jalan nieh....masa budak2 sekolah idaklah se sesak camnie......huh!!!!...cuti sekolah jln sesak...tak cuti sekolah pun jalan sesak jugak......hua hua hua hua hua....(tue lah dok jauh2 lagi...)...ekekekekekekeke

psstt : sedang belajar tak tido mlm..world cup punya citer lah nie.....walaupun badan letih aku sanggup...ekekekekkek

Lagu Tiga Kupang

Artist: xPdc

Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali

Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja

Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam rumah
Makan roti gula hey...

Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Patuk batang hidung