Wednesday, July 26, 2006
Ada Beza ke Me'ngulor' Sama Tak Buat Keje
Dalam keadaan sibuk2 pun aku tetap akan turun ke gim...rutin harian aku pada waktu makan tgh ari...berjogging pastu main badminton...ari nie aku rasa pelik skit sebab tak ramai yg turun...adalah dalam 10 orang...kalau idak tue meriah lah jugak..hhmm..mungkin ari nie 1 rejab...ramai yang berpuasa kot...banyak kelebihan dalam bulan rejab nie (alahai mcm mane lah aku boleh lupa) berbalik pada citer gim nie...semenjak dua nie aku rasa sangat letih...ntah lah kenapa...bila dah letih nak buat apa pun rasa mcm malas (lagik..penyakit yg sama) ... nak berjogging aku rasa malas...tapi jogging jugak dalam keadaan malas tue...nak main badminton malas...tapi main jugak...cuma bila main tue pergerakan terbatas...kaki mcm terkunci jeak...ahhh...silap2 pukul shuttle pun tak kena...adeh..tue yang kena gelak....hua hua hua hua..aku rasa tak sabar jeak nak abiskan minggu bekeje nieh..pastu ujung minggu mau rehat se rehatnya...heheheheh ...yo la tue...try cuba tgk
:- aghh letihnyeeeee
itu citer kat opis....yg nie pulak kisah kat umah...mlm tadi tido dlm kul 11 lebih...pastu pukul 130 terjaga...sebab rasa nak buang air kecik...lepas tue aku minum air kejap....pastu nak sambung tido...alih2 aku rasa susah nak lelap sebabnya aku teringat apa yg aku baca dlm blog member aku nieh...kisah nye dia terdengar org mengilai ketika dia bangun awal pagi sebab nak buang kecil jugaklah...seram eh...heheheehehheh...x mau citer lai..nanti ada pulak yg tak boleh tido malam...apa2 pun akhirnya aku berjaya lelap sampai ke pagi...(errr awal pagii)...heheeeh 445 pagi dah masuk bilik air..mandi....mmg sejuk :)
*sebelum tido basuh kaki (kata org tua2)..pastu baca lah doa
layannn.....
Monday, July 24, 2006
"Maybe" a.k.a MYVI ku
Friday, July 21, 2006
Entry Bergambar
Sejak minggu lepas aku lagi penyakit M nie melekat kat badan aku...huruf M bagi aku merujuk kepada perkataan MALAS yg mana ia sangat sinonim dengan masarakat kita nie...hahahhahahaha... 1) minggu lepas malas nak wat keje sebab badan aku tak sihat ditambah lagi dengan sakit gigi yg melampau (alah skit jeak)... 2) minggu nie pulak ...hhmm selasa dan rabu pergi kursus...kursus powerpoint (dah banyak kali pegi dah tapi saja2 nak pegi lagik) khamis semangat wat keje...yelah 2 ari tak masuk opis so banyak keje tertangguh...ingatkan rajin semalam boleh dibawak ke ari nie malangnya dek kerana sakit perut nie penyakit malas nie datang balik...hahhahahaha..alasan...betui beb sakit perut nie...rasa nak baring kejap bagi lega skit...
:- Sedapnye tido
eemm..pagi tadi masa nak brekpes aku berjumpa bes pren lama...dulu keje sini tapi bila dapat offer yg lagi kencang dari satu kompeni nie dia cabut lah...hehehheh...aku tgk dia makin sihat tapi takdelah aku ckp kat dia alih2 dia yg sound aku "eh man...lama x jumpa..makin sihat ko.."... punyalah penat aku turun ke gym nak kuruskan badan dia kata aku makin sihat...hehhehe pada hal baru jeak ptg semalam member opis tegur aku dah kurus skit...(sikit aja ke bang) alahaiii...sembang punya sembang ngan bes pren aku nie tak sedar aku dah terlewat nak masuk opis..al maklumlah lama x jumpa banyak bende yg disembangkannya...
:- alah kuci2 pampers hey
Oklah...sebelum aku labuhkan tirai blog nie untuk minggu nie...aku nak ucapkan selamat berhujung minggu pada semua...semoga korang2 semua sihat selalu dan bergembira si samping keluarga lah...kalau ada yg nak berjalan kemana2 pandulah berhati2 dijalanraya..yelah mana ada org memandu kat udara melainkan ada diantara korang nie seorang juruterbang...ekekekekke (ceh siap ucapan..mcm nak hari raya lah).. chowww.....layannn
:-Senyum + Sengih=yumngih
Wednesday, July 19, 2006
Menara Kuala Lumpur
Tuesday, July 18, 2006
Pelbagai Cerita
apa2 pun aku ada citer skit mengenai aktiviti aku minggu lepas...x kemana atau ketempat yg menarik pun...cuma aku ke johor bahru..ke tempat yg sudah 10 tahun aku x kesana (lebih kurang)...aku kesana pun sebab ada jemputan kenduri kawen sedara belah abah aku...aku bertolak dari KL ari sabtu petang pukul 430 ptg then aku bertolak balik dari JB ke KL pada hari ahad pukul 3 petang ... secara ringkas kedua2 perjalanan mengambil mas 3 jam setengah...org kata biasanya dlm 4 jam lebih...so laju ke aku bawak kete tue...aku bawak 110 - 120 maintain....(laju ke)....ahaksss....kat highway kurang banyak kete tue yg bleh laju skit...kat JB tak sempat nak kemana2 cuma pegi ke selain ke tempat majlis perkahwinan tue aku pegi ke umah pakcik aku kat kota masai...tak sempat nak ke bandar JB...agak2nya dah banyak yg dah berubah kot...alah kat KL ni pun mcm2 dah berubah cuma aku lahir/membesar dan duduk kat KL nie tue sebab aku perasan perubahan yg berlaku kat KL nieh...yeah sangat banyak perubahan nye (sambey tkt dagu bygkan KL dahulu ngan sekarang)
eemm...semalam...sana sini org bercerita tentang kisah artis nie...katanya artis no 1 malaysia...kisah mengenai pengumuman majlis perkahwinannya..siap ada sidang akhbar lagik...huh..! x kisah lah mcm mana dia nak kasi tau ngan sapa dia nak kawen besar mana majlis dia nak buat....cuma aku harap korang berdua kekal hingga ke akhir hayat...(ewah)
perbualan ngan seorang kawan ptg semalam
H : aku malas lah nak wat keje petang nie
aku : apsal pulak...banyak sangat keje sampai dah malas nak wat keje tue
H :taklah bukan pasal tue...siti dah nak kawen
aku : ceh...hampeh tul
(diolah agar sedap dibaca)
Pst : sekarang nie aku tgh berkursus...kursus ms powerpoint..tue sebab aku leh masuk internet..nie tgh curik2 menaip....kekekkekeke....kursus selama 2 hari kat PJ
Tak Seindah Wajah
Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir
Ku kira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Ku kira puji seikhlas budi
Ku lupa lidah tidak bertulang
Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban
Inikah dia lakonan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda
budak haziq AF4 nyanyi konsert lepas
Friday, July 14, 2006
Dua Kisah
Keterangan Am
Nama Biasa : Durian
Nama Saintifik : Durio zibethinus Murr.
Famili : Bombaceae
Asal
Durian adalah dipercayai berasal dari Gugusan Pulau-pulau Melayu. Spesis lain yang terdapat di
Kawasan Utama Tanaman
Durian didapati ditanam di semua kawasan di
Kandungan Zat Makanan
Komposisi zat makanan dalam durian adalah seperti berikut:
Kandungan | Unit setiap 100 g |
Protein (g) | 2.7 |
Selain daripada dimakan segar, buah durian juga boleh diproses kepada berbagai jenis produk dan makanan seperti lempuk, wajik, dodol, tempoyak, kek, puding, cucur/jejemput, ais krim, jem, dan lain-lain makanan tradisional.
-----------------------------------------------------------------------------
Kisah 2
"Sandel" - 'sandel' jenama adidas kepunyaan Damia berharga RM60... hadiah dari Pak Ndak (adik aku yg no 4) untuk damia sempena...eemmm (sempena apa ya) lebih kepada hadiah saja2 kot..al maklumlah satu - satunya anak buah kesayangan ... mahal punya tarak kisah punya ... heheheheh
Wednesday, July 12, 2006
Tuesday, July 11, 2006
Demam Panas
oleh sebab demam yg melanda kat aku..aku x dapat nak tgk AF4...sian diddy kena kuar (layan gak sehh...tgk je undi2 tarak masa)..demam ni jugakla aku tak dapat nak layan wel kap -perlawanan tempat ketiga mahupun final ..sedih wwooooooooo (waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa) nak wat camne kepala berat giler..penin dah berpusing mcm gasing... x larat nak bangun langsung...(sib baik astro adaaaa bleh layan siaran ulangan) ahaksss...
pst : lama tak post lagu :-
1234
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
:-
Friday, July 07, 2006
Hitam Yang Menawan
Salam jumaat....
Mutiara Jumaat
Hukum mengumpulkan 2 waktu sembahyang
Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya)
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut
Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda " Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)
:)