Friday, July 07, 2006

Hitam Yang Menawan

A'kum

Salam jumaat....

ish ish ish..lama x kesini (atau dengan kata lainnya tak menulis kat sini) hehehehehehe...dah lama terpk sebenarnya nak tukar background lain akhirnya petang semalam terlaksana lah impian aku...(ekceli baru pandai mcm mana nak tukar background) huhuhuhuhu...aku pilih kaler hitam...kenapa hitam..??? jawapan aku >> no komen....(mcm siti nurhaliza pulak) ahakssss..lebih kepada suka2 nak pilih kaler hitam la tapi bukankah orang kata hitam itu menawan...


Mutiara Jumaat

Hukum mengumpulkan 2 waktu sembahyang

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya)

Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda " Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda " Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

:)

No comments: