Tuesday, August 29, 2006
Malaysia Sudah Merdeka
Friday, August 25, 2006
2nd Entry
Kuala Lumpur Banjir Lagi
".....yg mana ada di sesetengah tempat yg hampir banjir..ari nie pun aku rasa ujan jugaklah..mendung jeak nieh....."
Akhirnya -
BANJIR LAGI: Banjir kilat
di hadapan Balai Polis
Jalan Travers.
Kesesakan itu berlanjutan sehingga jam 11 malam tadi, berikutan penutupan sementara laluan untuk ke persimpangan Bulatan Kampung Pandan dan Cheras ke Sungai Besi dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) ditutup sementara kepada semua kenderaan.
Jurucakap Bilik Gerakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika dihubungi berkata, kesesakan itu turut berpunca daripada satu kejadian tanah runtuh di Jalan Tun Razak, berhampiran Kedutaan Besar, Indonesia, menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas kira-kira lima kilometer.
Di jalan yang sama berhadapan Bangunan RHB Bank, seorang wanita cedera apabila kereta yang dipandunya dihempap pokok tumpang, kira-kira jam 5 petang.
“Mangsa yang berusia 30-an itu luka di muka dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas berjaya dikeluarkan daripada keretanya kira-kira jam 7 malam.
“Pasukan Khas Bantuan dan Penyelamat Bencana Alam Malaysia (Smart) dan Unit Kecemasan serta Skuad Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Balai Bomba Cheras ketika dihubungi berkata, beberapa batang pokok tumbang di sekitar Jalan Cheras, terutama berhadapan Cheras Leisure Mall yang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan itu.
“Pokok yang tumbang menutup beberapa jalan. Kami sudah menghantar anggota untuk membersihkan kawasan itu,” katanya.
----------------
Pesanan Penaja:-
*Sediakan lah payung sebelum ujan...pulang awal sebelum ujan turun....kalau boleh dlm seminggu luangkan lah satu atau dua hari untuk pulang awal...kalau dapat pulang awal hari2 macam aku lagi bagus...
*Berhati-hatilah semasa pulang..tak kira lah pulang kemana pun ..pulang ke rumah ke..pulang ke kampung ke...pulang ke stulang ke..jgn minum semasa memandu...masa memandu nak minum x apa..*geleng2*
*Selamat berujung minggu wat sahabat..rakan taulan...jiran tetangga dan juga jiran tetingkap...semoga korang2 semua bergumbira dan menikmati ujung minggu dengan senyuman semanis roti sekaya..
GELANG SIPATU GELANG
gelang sipatu gelang
gelang si rama rama
mari pulang
marilah pulang
marilah pulang
bersama-sama
mari pulang
marilah pulang
bersama-sama
Thursday, August 24, 2006
Kenapa Dengan Hari Esok (Jumaat)..??
Wednesday, August 23, 2006
S.M.T.K @ S.M.A.R.T
Ah!... tetiba jeak teringat kat zaman sekolah lagik....Sekolah Menengah Taman Keramat (SMTK) atau sekarang nie dikenali sebagai (SMART)....Nak tau apa sebab singkatan SMTK nie ditukar kepada SMART...sebab berdekatan ngan sekolah nie ada tanah perkuburan taman keramat....jadi SMTK nie dipanggil Sekolah Menengah Tepi Kubur.....nak pulak sebilangan pelajarnya perangai dah mcm 'hantu'....nak tak nak terpaksa lah singkatan SMTK nie ditukar kepada SMART ..hehheheheh...(Eh ye ke..? ntah ler....)
dari tingkatan 1 hingga lah tingkatan 5 aku menimba ilmu disini....banyak citer suka duka pahit manis disini....
--------
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat berkembang pesat dari segi pembangunan fizikal, kecerian, bilangan pelajar, guru, akademik dan kokurikulum. Pada tahun 1983, bilangan pelajarnya sudah mencecah 1,100 orang dengan bilangan guru seramai 46 orang. Sekolah ini seterusnya mendapat khidmat daripada dua orang lagi pengetua iaitu Tn. Hj. Hashim B. Zakaria (April 1988-Jun 1989) dan En. Mohammad Any B. Sujak (Julai 1989-Oktober 1990).Pada tahun 1993 sekolah ini sudah mempunyai 5 blok bangunan untuk menampung pertambahan pelajar termasuklah blok baru untuk pusat sumber sekolah. Sekolah diindahkan dengan taman-taman yang diusahakan oleh pelajar, guru-guru dan pekerja sekolah ini.Sekolah ini menempa sejarah apabila menerima seorang pengetua perempuan iaitu Pn. Hjh. Saripah Bt. Paidi bagi menggantikan En. Mohammad Amy B. Sujak pada bulan November 1990. Puan Hjh. Saripah Bte. Paidi telah menukar nama singkatan S.M.T.K kepada SMART selaras dengan budaya "Work Hard and Work Smart". Sekolah telah dinaikkan taraf Gred A pada 1 Jun 1994. Pada 1 Februari 1995, SMART menerima seorang pengetua baru iaitu Puan Sharifah Rohani bt. Syed Ibrahim. Di samping menyambung budaya "Work Hard and Work Smart", prinsip beliau pula ialah "Sekolah Adalah Satu Keluarga". Beliau telah berkhidmat selama 8 tahun dan telah bersara wajib pada 5 Mac 2003.
Monday, August 21, 2006
Mana Badak nya
Akak : eemm..nie cucur apa nie
Pelayan : cucur ikan bilis kak..
Akak : okey bungkus akak RM2 ye
Selang1 minit
Pelayan : okey siap kak
Akak : eh dik...kata cucur ikan bilis... x nampak pun ikan bilisnya...bawang jeak banyak nieh
Pelayan : ntah lah kak..bukan saya yg buat *senyum*
tetiba terdengar suara seorang lelaki menyampuk dengan nada yg bergurau sambil ketawa2 kecil
Abang : eleh..tue pun nak bising ke...saya ari2 beli kuih cucur badak tapi tak penah dapat badak pun...
mereka bertiga saling berpandangan dan ketawa hingga x nampak gigi
----
Aku mendapatkan dialog ini ketika aku sedang menikmati secawan nescafe panas sambil merenung ke arah 3 ketul cekodok pisang yg agak kehitaman warnanya...sedang memilih2 yg mana satu diantara 3 itu yg aku nak makan dulu...aperdaaaaa....
Friday, August 18, 2006
Orang Baru
Thursday, August 17, 2006
Bercakap Mengenai Cita-Cita
cekgu : kamu...apa cita2 kamu
aku : nak jadi bomba cekgu
cekgu : em ahli bomba ye..kenapa..?
aku : sebab bleh pegang paip air...
cekgu : laaaa...kalau nak pegang paip air tak payah jadi bomba pun boleh pegang...tue kat luar kelas ada paip air...boleh pegang sekarang...
aku : tersengih sambil memandang keluar kelas
memang agak kelakar jawapan aku..alah budak2 lah katakan...dan seterusnya cekgu menerangkan lagi apa tugas2 seorang ahli bomba..."tugas seorang ahli bomba yg utama ialah memadamkan api jika berlaku kebakaran"
dulu bomba hanya dikenali sebagai BOMBA dan sekarang ia dikenali sebagai BOMBA DAN PENYELAMAT...jadi tugas bomba sekarang tidak tertumpu pada memadamkan api sahaja...sebarang kerja2 atau tugas menyelamat juga dilakukan (betulkan kalau aku silap)
chop..
moral
1)kalau nak berjaya dlm cita2 kena lah belajar rajin2...kena berusaha jgn cepat putus asa :)
2)Bersyukur dengan apa jua pekerjaan yg kita lakukan sekarang..sekurang2nya kita ada kerja untuk cari duit :-)
Jom layan lagu nie...hahhahahahahahahaha
Joget Angan Tak Sudah
Artist:Jay Jay
Duduk termenung sambil berangan
Wednesday, August 16, 2006
Semalam Punya Cerita
Monday, August 14, 2006
Orang Yg Paling Betuah
takde citer yg menarik cuma aku dengan 'mood' yg tersangat lah gembira...bangga ... riak (erk yg ini belum lagik) aku ingin berkongsi dengan korang2 semua bahawa aku adalah pemenang hadiah utama dalam cabutan bertuah...*senyum*..
pada mulanya memang tak ada harapan dan memang x pernah berharap utk jadi pemenang pun, akhirnya nama aku diumumkan sebagai pemenang hadiah utama...pertama kali dalam hidup dapat hadiah sebegini...syukur alhamdulillah *senyum* (sekali lagi)...hadiah yg sepatutnya menjadi milik kepada org lain tapi disebabkan pemenang pertama dah tak ada kat situ...x tau lah dia dah balik atau pegi ke tempat lain...jadi cabutan kedua perlu dibuat memandangkan untuk grand prize nie tuan empunya badan yg nama nya disebut mesti ada dan terima hadiah di atas pentas...bila cabutan kedua dibuat nama aku diumumkan sebagai pemenangnya...apo lai..punyalah seronok tak terkata...mana idaknya...baucer bernilai RM600 utk membeli belah di parkson grand...shopping sakan lah pasnie...hehehehehe...itu lah orang kata...tuah ayam nampak dikaki...tuah manusia sapa yg tahu kan
Friday, August 11, 2006
Taman Tema Air
Taman Ria
Taman ria di tengah kota
Thursday, August 10, 2006
Kurang Paham Dengan Org2 Yang Sebegini
----
Perkara tue nampak saja remeh (bagi mereka) tapi tidak pada sesetengah org..kesian kepada org yg ingin makan dengan nafsu yg berselera tapi terbantut seleranya kerana asyik menepis asap rokok yg ‘berterbangan’ ke arah mukanya…hanya mampu menjamu makanannya dgn muka yg masam dan rasa tidak puas hati…hhmmm……. Aku sebenarnya tak ada masalah yg besar atau berat dengan orang2 yg merokok ini..bagi aku kita perlu hormat pada org jika kita ingin juga dihormati...aku juga bukan anti sangat pada perokok walaupun aku sendiri tidak merokok(jgn ada yg kecik ati) .. aku masih lagi boleh bergaul dan bersembang bersama rakan2 yg merokok…
Sebilangan org2 didalam masyarakat kita ni (diulangi : hanya sebilangan sahaja) hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hal orang lain… sangat bijak tapi nampak bodoh dlm sesuatu keadaan tertentu… dikatakan berbudi bahasa tapi sememangnya tak ada pun budi bahasa tu (aaa nanti dtg pejabat saya..kita sain kontrak..berkesan lakonan awak tue)…yang suka melanggar peraturan / undang2 tidak kiralah sama ada peraturan/undang2 itu kecil ataupun besar…kalau yg besar dilanggar ini kan pula yang kecil…(dia lebih kurang ginilah..pondok tol sama katak…pondok tol tue
Kata kerajaan : amaran..merokok membahayakan kesihatan
Kata mereka : aku punya badan...kalau sakit aku yg tanggung
Kata aku : tak kata apa2...cuma senyum aja
apo apo lah ….
Wednesday, August 09, 2006
Manis Seh
Tuesday, August 08, 2006
Berhujung Minggu Di Kampung
aku masih bernafas...masih lagi dapat menghirup udara sangat 'bersih' kat kuala lumpur nie ( Yolah tue... huh)...setelah 3 hari meninggalkan kotaraya yg hingar bingar berehat di kg - menghirup udara sangat segar dan nyaman sambil dapat melupakan tugas seharian di pejabat yg begitu memenatkan minda juga badan...tapi kalau badan penat pasal bersukan takpe erk..?? ntah lerr
sabtu
bertolak dari rawang seawal jam 9..berhenti di hentian rawang utk bersarapan dan juga menemani damia bermain di 'playground'...tak sangka pagi2 lagi dah ramai orang erk..sebelum keluar highway isi minyak dulu kat petronas...aku bawak kete (pandulah) secara relaks atau santai sebabnya aku tak mau kena saman lagik lagi pun wat apa nak laju2 bukan ada apa nak dikejar (kata wife aku).....bukan fobia tapi aku rasa membazir duit je utk bayar saman..kalau beli bende lain kat berbaloi gak...tapi memang betul, hari tue sepanjang highway ada speed trap...kalau dah ada speed trap udah tentu ada road block...satu perjalanan yg tidak membosankan..si damia asyik bercakap dan bertanyakan kepada benda2 yg dia ingin tahu...budak2 lah katakan...tiba di kg dlm kul 1 dengan muka kuyu..letih beb...terus lendingkan badan sambil menanti acara rasmi yg biasa kakak aku akan siapkan....yeahh makannnnnn time...ekekkekekek
ahad
selesai solat subuh sambung tido sampai kul 9 pagi..itu pun bangun sebab dek damia yg kaco..hehehehe..sekali sekala bangun lewat...aku bukan yg jenis bangun lewat pun tapi sekali bangun lewat badan rasa len mcm...tgh ari pulak pegi makan kenduri kawen...masa nie lah satu cincin damia hilang...aduh tensen nyee...ptg gie layan makan KFC ...sambey2 tue aku dapat gak beli sepasang kasut :)...hehehhehe
isnin
hanya bertolak balik ke kl setelah selesai makan tgh ari dlm kul 3 gitu...masuk area tapah hujan selebat-lebatnya sampai x nampak jalan...berhenti di hentian tapah utk melepaskan hajat...x tahan giler sejuk beb...sempat belikan dunkin donat utk wife sama damia(beli 5 free 1) heheheheeh...kul 630 ptg sampai rawang singgah pasar mlm sebelum betul2 sampai ke umah..yeah
* wahai kwn2...sori kalau kualiti entry kali nie mmg tak berkualiti...sebabnya entry yg dibuat di selangi dengan wat kerja opis...ini lah hasilnye...ekekekekekekekekkeke......agak kelam kabut...ada satu dua tugas yg perlu dibereskan...dok menyemak atas meja..kalau ikutkan banyak bende aku nak citer..eemm..kisah org koyak sama kisah santau...yg kisah org koyak nie memang betul sebab seorang kakak ipar aku mengalami kejadian nie...kisah santau nie cuma heboh di akhbar dan juga di internet...'cek ke daut'
:-
Tuesday, August 01, 2006
Lambaian Tangan
aku tinggalkan korang lagu nie utk korang layan..apo laii..layan je laaaaaa
Kenangan Terindah
Samsons
Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu
Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati
Ooh...
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
Ooh...
:-