Friday, August 25, 2006

Kuala Lumpur Banjir Lagi

Suntingan dari entry semalam yg aku update kira2 jam 4 ptg

".....yg mana ada di sesetengah tempat yg hampir banjir..ari nie pun aku rasa ujan jugaklah..mendung jeak nieh....."


Akhirnya -

KUALA LUMPUR: Hujan lebat lebih dua jam bermula jam 4.30 petang, semalam menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan rendah dan di tepi tebing Sungai Klang, di sekitar ibu kota yang dinaiki air sedalam 0.6 meter hingga dua meter.

BANJIR LAGI: Banjir kilat
di hadapan Balai Polis
Jalan Travers.


Banjir kilat turut menyebabkan kesesakan teruk di beberapa lebuh raya dan laluan utama di pusat bandar raya termasuk Lebuh Raya Persekutuan, Lebuh Raya Sungai Besi, Lebuh Raya Lingkaran Tengah Dua (MRR2), Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Segambut, Jalan Kuching, Jalan Istana, Jalan Cheras, Jalan Puduraya, Jalan Selayang dan Jalan Travers.

Kesesakan itu berlanjutan sehingga jam 11 malam tadi, berikutan penutupan sementara laluan untuk ke persimpangan Bulatan Kampung Pandan dan Cheras ke Sungai Besi dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) ditutup sementara kepada semua kenderaan.

Jurucakap Bilik Gerakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika dihubungi berkata, kesesakan itu turut berpunca daripada satu kejadian tanah runtuh di Jalan Tun Razak, berhampiran Kedutaan Besar, Indonesia, menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas kira-kira lima kilometer.

Di jalan yang sama berhadapan Bangunan RHB Bank, seorang wanita cedera apabila kereta yang dipandunya dihempap pokok tumpang, kira-kira jam 5 petang.

“Mangsa yang berusia 30-an itu luka di muka dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas berjaya dikeluarkan daripada keretanya kira-kira jam 7 malam.

“Pasukan Khas Bantuan dan Penyelamat Bencana Alam Malaysia (Smart) dan Unit Kecemasan serta Skuad Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba Cheras ketika dihubungi berkata, beberapa batang pokok tumbang di sekitar Jalan Cheras, terutama berhadapan Cheras Leisure Mall yang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan itu.

“Pokok yang tumbang menutup beberapa jalan. Kami sudah menghantar anggota untuk membersihkan kawasan itu,” katanya.

----------------
Pesanan Penaja:-

*Sediakan lah payung sebelum ujan...pulang awal sebelum ujan turun....kalau boleh dlm seminggu luangkan lah satu atau dua hari untuk pulang awal...kalau dapat pulang awal hari2 macam aku lagi bagus...

*Berhati-hatilah semasa pulang..tak kira lah pulang kemana pun ..pulang ke rumah ke..pulang ke kampung ke...pulang ke stulang ke..jgn minum semasa memandu...masa memandu nak minum x apa..*geleng2*

*Selamat berujung minggu wat sahabat..rakan taulan...jiran tetangga dan juga jiran tetingkap...semoga korang2 semua bergumbira dan menikmati ujung minggu dengan senyuman semanis roti sekaya..

GELANG SIPATU GELANG

gelang sipatu gelang
gelang si rama rama
mari pulang
marilah pulang
marilah pulang
bersama-sama
mari pulang
marilah pulang
bersama-sama

No comments: