Thursday, August 17, 2006

Bercakap Mengenai Cita-Cita

18 tahun lalu..ketika tue aku masih berumur 9 tahun dan juga berada di dalam darjah 3 yg mana aku lupa nama kelas itu sendiri di sebuah sekolah rendah...Seorang cekgu telah menyoal muridnya mengenai "cita-cita anda" ...soalan yg lazimnya akan ditanya oleh seorang cekgu kepada murid2nya yg mana juga ia telah menjadi tradisi turun temurun...

cekgu : kamu...apa cita2 kamu
aku : nak jadi bomba cekgu
cekgu : em ahli bomba ye..kenapa..?
aku : sebab bleh pegang paip air...
cekgu : laaaa...kalau nak pegang paip air tak payah jadi bomba pun boleh pegang...tue kat luar kelas ada paip air...boleh pegang sekarang...
aku : tersengih sambil memandang keluar kelas

memang agak kelakar jawapan aku..alah budak2 lah katakan...dan seterusnya cekgu menerangkan lagi apa tugas2 seorang ahli bomba..."tugas seorang ahli bomba yg utama ialah memadamkan api jika berlaku kebakaran"

dulu bomba hanya dikenali sebagai BOMBA dan sekarang ia dikenali sebagai BOMBA DAN PENYELAMAT...jadi tugas bomba sekarang tidak tertumpu pada memadamkan api sahaja...sebarang kerja2 atau tugas menyelamat juga dilakukan (betulkan kalau aku silap)

chop..
aku bukan nak cite pasal bomba...aku cuma nak bercerita mengenai cita-cita...seperti yg aku kasi tau cita2 aku semasa aku berada disekolah rendah ialah menjadi seorang ahli bomba...kenapa aku bercita-cita begitu..aku pun x tau, bila mula masuk ke tingakatan 1..cita2 aku telah berubah..seingat aku lah aku pada masa tue cita2 aku ialah nak menjadi seorang juruterbang...ye juruterbang jet pejuang...(sambil bayangkan diri dok kat dlm jet tue sambil terbang di udara dan bersedia utk menembak musuh) layannnn...sekali lagi cita2 aku berubah semasa aku di tingkatan 4 sejak minda aku semakin minat dengan nombor2 dan pengiraan kebetulan pulak aku amik subjek perakaunan dan ekonomi...aku dah bertekad nak bekerja di bank jadi seorang pegawai bank...(ye seorang pegawai bank yg sibuk dikaunter melayan pelanggan dan menguruskan duit yg masuk dan juga keluar) tapi selepas habis SPM dan dapat keputusan SPM aku dah mula binggung dengan cita2 aku sendiri..aku nak jadi apa sebenarnya..?? aku nie bukanlah dikategorikan tidak cerdik cuma kurang cerdik aja dan aku rasa aku tak pernah berusaha utk lebih cerdik agar berjaya mencapai cita2..akhirnya aku berjaya jugak bekerja di bank...walaupun tugas yg aku buat sekarang nie tak sama dengan tugas yg aku cita2kan tapi aku tetap bersyukur dapat juga bekerja dibank...*senyum*

moral
1)kalau nak berjaya dlm cita2 kena lah belajar rajin2...kena berusaha jgn cepat putus asa :)

2)Bersyukur dengan apa jua pekerjaan yg kita lakukan sekarang..sekurang2nya kita ada kerja untuk cari duit :-)
*berusaha untuk menjadi suami dan seorang ayah yg cemerlan gemilan dan terbilan

Jom layan lagu nie...hahhahahahahahahaha


Joget Angan Tak Sudah
Artist:Jay Jay

Duduk termenung sambil berangan
Atas serambi di waktu pagi
Bukan pungguk merindukan bulan
Cuma hatiku tak karuan
Petir berdentum kilat menyambung
Belumkan pasti hujan nak turun
Terkenang gadis lintas di depan
Mataku tak henti memandang
Siapa gerangan
Menjahit baju yang merah
Sepasang di tangan
Jarum yang sudah pun patah
Siapa gerangan
Memilik bibir yang merah
Berlenggang ke kanan
Membuat hatiku gundah
Tak sanggup ku memuja
Bulan dan bintang
Andainya kau menjadi milikku
Ku takut tak tertanggung dek badan
Akhirnya kan kecundang
Marilah berjoget
Berjoget angan tak sudah
Berangan tak salah
Asalkan tahu bertempat

No comments: