Ah!... tetiba jeak teringat kat zaman sekolah lagik....Sekolah Menengah Taman Keramat (SMTK) atau sekarang nie dikenali sebagai (SMART)....Nak tau apa sebab singkatan SMTK nie ditukar kepada SMART...sebab berdekatan ngan sekolah nie ada tanah perkuburan taman keramat....jadi SMTK nie dipanggil Sekolah Menengah Tepi Kubur.....nak pulak sebilangan pelajarnya perangai dah mcm 'hantu'....nak tak nak terpaksa lah singkatan SMTK nie ditukar kepada SMART ..hehheheheh...(Eh ye ke..? ntah ler....)
dari tingkatan 1 hingga lah tingkatan 5 aku menimba ilmu disini....banyak citer suka duka pahit manis disini....
--------

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat berkembang pesat dari segi pembangunan fizikal, kecerian, bilangan pelajar, guru, akademik dan kokurikulum. Pada tahun 1983, bilangan pelajarnya sudah mencecah 1,100 orang dengan bilangan guru seramai 46 orang. Sekolah ini seterusnya mendapat khidmat daripada dua orang lagi pengetua iaitu Tn. Hj. Hashim B. Zakaria (April 1988-Jun 1989) dan En. Mohammad Any B. Sujak (Julai 1989-Oktober 1990).Pada tahun 1993 sekolah ini sudah mempunyai 5 blok bangunan untuk menampung pertambahan pelajar termasuklah blok baru untuk pusat sumber sekolah. Sekolah diindahkan dengan taman-taman yang diusahakan oleh pelajar, guru-guru dan pekerja sekolah ini.Sekolah ini menempa sejarah apabila menerima seorang pengetua perempuan iaitu Pn. Hjh. Saripah Bt. Paidi bagi menggantikan En. Mohammad Amy B. Sujak pada bulan November 1990. Puan Hjh. Saripah Bte. Paidi telah menukar nama singkatan S.M.T.K kepada SMART selaras dengan budaya "Work Hard and Work Smart". Sekolah telah dinaikkan taraf Gred A pada 1 Jun 1994. Pada 1 Februari 1995, SMART menerima seorang pengetua baru iaitu Puan Sharifah Rohani bt. Syed Ibrahim. Di samping menyambung budaya "Work Hard and Work Smart", prinsip beliau pula ialah "Sekolah Adalah Satu Keluarga". Beliau telah berkhidmat selama 8 tahun dan telah bersara wajib pada 5 Mac 2003.
4 comments:
Good job, it brings a lot of wonderful memories in SMTK. Keep up the good work. BTW do you still have SMTK old pic,
Ex SMTK - dikhwan class of 1988-1992
SMART bermaksud S=Sekolah
M=Menengah
A=tAman
R=keRamaT
T
Me too from smtk..
ex smtk - Ctfairus(5V 1990-1993)
SMART bermaksud S=Sekolah
M=Menengah
A=tAman
R=keRamaT
T
?? acik lu ..
SMART stand for :-
S - Sekolah
M - Menengah
A - Atas
R - Rahmat
T - Tuhan
kate ke student Smart tapi meaning smart pon xtau .. kesal tul aku .. ishh .. jgn ngaku arr klu cam tu ..
Post a Comment