Thursday, August 10, 2006

Kurang Paham Dengan Org2 Yang Sebegini

Situasi 1

Kat sebuah medan selera yang terbahagi kepada dua bahagian…satu bahagian disediakan kepada pelanggan yang menjamu selera dan ingin menghisap rokok yg dikenali sebagai kawasan merokok dan satu lagi bahagian disediakan kepada pelanggan yg ingin menjamu selera tanpa gangguan asap2 rokok yg dipanggil kawasan larangan merokok…dtg 2 org pemuda yg segak penampilannya memesan makanan dan duduk ditempat “kawasan larangan merokok”… makan2 sambil bersembang lalu salah seorang daripadanya mengeluarkan sebatang rokok dan menyalakan api ke rokoknya…menghisap dan menghembuskan asap rokok dengan lagaknya…pada hal diatas kepalanya dengan tulisan yang amat jelas dan terang tertulis pada sebuah papan “AWAS…KAWASAN LARANGAN MEROKOK”..jadi kesimpulannya adakah papan tanda amaran dan tulisannya itu yg tidak cukup besar atau perkataan itu sendiri tidak membawa apa2 makna ataupun pemuda itu sendiri yang tidak paham bahasa..mustahil tak nampak kan besar papan tanda amaran tue ...huh!

----

Perkara tue nampak saja remeh (bagi mereka) tapi tidak pada sesetengah org..kesian kepada org yg ingin makan dengan nafsu yg berselera tapi terbantut seleranya kerana asyik menepis asap rokok yg ‘berterbangan’ ke arah mukanya…hanya mampu menjamu makanannya dgn muka yg masam dan rasa tidak puas hati…hhmmm……. Aku sebenarnya tak ada masalah yg besar atau berat dengan orang2 yg merokok ini..bagi aku kita perlu hormat pada org jika kita ingin juga dihormati...aku juga bukan anti sangat pada perokok walaupun aku sendiri tidak merokok(jgn ada yg kecik ati) .. aku masih lagi boleh bergaul dan bersembang bersama rakan2 yg merokok

Sebilangan org2 didalam masyarakat kita ni (diulangi : hanya sebilangan sahaja) hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hal orang lain… sangat bijak tapi nampak bodoh dlm sesuatu keadaan tertentu… dikatakan berbudi bahasa tapi sememangnya tak ada pun budi bahasa tu (aaa nanti dtg pejabat saya..kita sain kontrak..berkesan lakonan awak tue)…yang suka melanggar peraturan / undang2 tidak kiralah sama ada peraturan/undang2 itu kecil ataupun besar…kalau yg besar dilanggar ini kan pula yang kecil…(dia lebih kurang ginilah..pondok tol sama katak…pondok tol tue kan besar, katak pulak kecik kan…kalau dah pondok tol yg mcm tue punya besar ada gak org yg langgar nie apatahkan lagi katak yg kecik kat atas jalan tue..tue yg mati katak tue) hehehehehh…ini hanya lah salah satu situasi yg berlaku..sedangkan banyak lagi situasi yg berlaku sama ada kita perasan atau tidak boleh diceritakan mengenai perihal masyarakat kita nie….korang paham2 sendiri udah ler…bagi aku kadang2 kita perlu mengguna pakai slogan "berbudi bahasa budaya kita" ditempat atau masa atau situasi atau keadaan yang bersesuaian...hahhahahahahahahahah


:- Katakan Tidak

Kata kerajaan : amaran..merokok membahayakan kesihatan

Kata mereka : aku punya badan...kalau sakit aku yg tanggung

Kata aku : tak kata apa2...cuma senyum aja


apo apo lah ….



No comments: